Peniaga Mengamuk! 5 Hari Berniaga Tak Balik Modal, Penganjur Diam Seribu Bahasa
Tular di platform TikTok kekecohan yang berlaku di sebuah tapak perniagaan baru-baru ini.
Difahamkan kekecohan itu berlaku disebabkan sikap penganjur yang didakwa tidak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya sebagai seorang penganjur.
@nesloooaiss penganjur tk buat keje#fyp #kasiviral ♬ bunyi asal – Neslo ais
Menurut pemilik siaran langsung berkenaan, bazar raya berkenaan sudah berlangsung selama 5 hari tetapi masih tiada pengunjung yang datang.
“Ye, memang ramai orang Shah Alam tak tau. Organizer ni tak buat kerja, dorang tak iklankan dengan sepatutnya. Event dah 5 hari tapi masih tak ada orang datang lagi. Kita dah bayar mahal tapi tak dapat apa yang dorang janjikan,” ujar wanita dalam video berkenaan.
Terdapat beberapa orang peniaga yang kelihatan tidak dapat menahan marah dan terus lantang bersuara meminta penyelesaian namun pihak penganjur tetap berdiam diri.
“Kesian sangat, korang yang duduk area Shah Alam tu jangan lupa datang la, support peniaga-peniaga kat sini,” tambah wanita itu.
Melihat di ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga-peniaga dan tidak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.
“Jarang orang Shah Alam tak pergi kalau tau ada bazar raya kalau diuar-uarkan. Ni banner pun tak nampak. Sebelum ni stadium tu kalau ada event jarang tak ramai,” komen seorang netizen.
“Saya tahun lepas terkena kes macam akak. Organizer makan duit atas angin je, promo memang sendu habis. Last-last saya meniaga 2 minggu je lepas tu terus tutup,” luah salah seorang peniaga.