Tuduh Lagu Sesuci Lebaran Penuh Toksik Undang Kecaman Netizen! – Manis Madu
Tuduh Lagu Sesuci Lebaran Penuh Tok

Tuduh Lagu Sesuci Lebaran Penuh Toksik Undang Kecaman Netizen!

Sudah lebih 20 tahun lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sesuci Lebaran didendangkan bagi memeriahkan sambutan hari raya dan semestinya tidak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia.

 

Namun, baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki dikatakan mempertikai lirik lagu penyanyi tersohor itu.

Menerusi video berkenaan, individu itu mendakwa bait lirik ‘bantulah miskin hina’ sebagai penghinaan kepada golongan rentan.

 

“Hina ke jadi miskin? Aku seorang je ke yang rasa lagu ni toksik?” tulis lelaki tersebut dalam videonya.

 

Perkongsian itu membuatkan dia dikecam teruk sehingga terpaksa memadam video itu dari akaun aplikasi TikTok miliknya.

 

Bagaimana pun, terdapat netizen yang berjaya menyimpannya dan memuat naik semula video itu di laman Twitter.

 

Ada yang memintanya kembali ke sekolah kerana tidak memhami erti ‘hina’ yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut.

Post a Comment