Perkhidmatan LRT Selalu Tergendala, Pengguna Luah Tidak Puas Hati! – Manis Madu
Perkhidmatan LRT Selalu Tergendala, Pengguna Luah Tidak Puas Hati!

Perkhidmatan LRT Selalu Tergendala, Pengguna Luah Tidak Puas Hati!

RapidKL baru-baru ini telah membuat satu pengumuman mengenai perkhidmatan LRT yang tergendala melalui ciapan di laman rasmi Twitter.

 

Pengumuman itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

 

Dalam ciapan berkenaan, RapidKL memaklumkan bahawa laluan perjalanan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya akan mengalami kelewatan.

Hal itu terjadi difahamkan kerana perkhidmatan LRT lalu tersebut masih dalam pemulihan dan laluan berkenaan akan berada pada kelajuan dan frekuensi normal seperti sedia kala tidak lama lagi.

 

“Diharapkan semua penumpang yang menggunakan laluan ini bersabar dan kami juga ingin memohon maaf ke atas kesulitan ini,” tulis ciapan itu.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan komen tidak berpuas hati dan marah kerana perkhidmatan LRT sering tergendala hampir setiap minggu.

“Masuk ofis lambat ni kalau kena tolak gaji nak claim dekat siapa? share-share sikit untung korang tu,” tulis seorang pengguna Twitter.

 

“Tiap tiap minggu memang kena ada masalah teknikal ke korang ni? Waste people time, energy and money,” ujar salah seorang netizen.

 

Macam mana nak ‘on time’ dan nak galakkan penggunaan pengangkutan awam kalau selalu lambat dan sangkut macam ini kan? Semoga perkara ini segera dibaiki dan ditambah baik!

Post a Comment