Tak Gila Rupanya Lelaki Itu! Wanita Mangsa Samun Buka Mulut Cerita Kronologi Kejadian – Manis Madu
Tak Gila Rupanya Lelaki Itu! Wanita Mangsa Samun Buka Mulut Cerita Kronologi Kejadian

Tak Gila Rupanya Lelaki Itu! Wanita Mangsa Samun Buka Mulut Cerita Kronologi Kejadian

Baru-baru ini tular cerita seorang wanita yang disamun oleh seorang lelaki misteri dan menyebabkan kecederaan parah.

Susulan kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Fufu ini akhirnya membuka mulut menceritakan apa yang berlaku di hari kejadian.

@mstarmalaysia Seram dengar cerita Fufu ni… kena serang dan dipukul oleh lelaki misteri 😱 #beritatiktok #tiktoknews #fyp #mstar ♬ original sound – mStar Official

Fufu memaklumkan, ketika itu dia berada di Centre Point Mall untuk ke sebuah kedai telefon bimbit dan tidak semena-mena dia diserang oleh seorang lelaki dari arah belakang.

 

“Belum sempat toleh ke belakang, Fufu dah diterajang, ditendang hingga tersungkur ke depan. Bila dah ditumpaskan begitu, tertuduh pijak belakang badan Fufu dengan kaki kanan dia. Handphone Fufu yang Fufu pegang terjatuh.

 

“Nampak tangan hitam, hitam tak hitam macam tangan orang Melayu lah, tangan orang lelaki, capai handphone tersebut tanpa teragak-agak, dia ketuk kepala Fufu lebih 20 ketukan sehingga Fufu nampak percikan darah Fufu on the ground, on the tiles,” ujarnya yang bergelut dengan penjenayah kira-kira 10-15 minit.

 

Wanita itu juga menceritakan yang dia berjaya membalikkan badannya menghadap si pelaku dan rentetan daripada itu penjenayah tersebut bertindak semakin agresif.

 

“Ketika Fufu dah berjaya flip, dia terus pijak kepala Fufu dan tangan yang dia pegang handphone Fufu yang dia rampas, sempat lagi dia ketuk kepala Fufu. Dengan menggunakan tangan yang sama, dia korek mata Fufu sambil pegang telefon tu. Boleh korek mata, sempat lagi dia buat macam tu,” cerita Fufu.

 

Fufu atau nama sebenarnya Noormahfuzah Nordin, 37, bagaimanapun sempat menendang paha kanan suspek untuk mempertahankan diri meskipun keadaan dirinya yang sudah teruk dibelasah.

 

All I can do is angkat kaki kanan dan kemudian sepak paha dia, itu yang Fufu buat. Kemudiannya, Fufu sepak paha kanak lelaki tu menggunakan heels dan handphone yang suspek pegang terus tercampak dan dia menjerit kerana terkejut,” luahnya dengan penuh perasaan.

 

Fufu menjelaskan, dia sudah berhari-hari tidak dapat melelapkan mata kerana terbayang kejadian tersebut berserta muka pelaku dan kini boleh menarik nafas lega kerana penjenayah tersebut sudah diberkas.

 

Sebagai rekod, kejadian berlaku pada 17 Mei lalu dan kini suspek sudah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Post a Comment