Perlukah Ibu Bapa Buat Semua Keputusan Untuk Hal Ehwal Anak Mereka? Happy Children Day
“You’re gonna find yourself somewhere, somehow” – “Kamu akan dapat mencari siapa diri kamu yang sebenar, walau apa pun yang terjadi” ~ Put Your Records On – Corrine Bailey Rae.
Setelah mencapai pada satu tahap yang Madu kenal erti dunia, Madu selalu terfikir adakah apa yang Madu achieve sekarang ini adakah pilihan sendiri ataupun ditentukan oleh ibu bapa Madu? Bersyukur rasanya kerana bila Madu fikir balik, sebenarnya apa yang Madu nak buat semuanya disokong oleh arwah ibu dan ayah.
Bila Madu lihat diluar sana ramai remaja atau anak terpaksa akur dan harus ikut apa yang ibu bapa mereka mahu, sehinggakan ada yang sampai terpaksa mengorbankan apa yang mereka minat dan suka.
Ini tidak bermakna semua ibu bapa di luar sana mengongkong anak mereka seperti yang Madu katakan tadi. Jadi, persoalan yang paling penting adalah “perlukah ibu bapa menentukan hal ehwal hidup anak mereka?”
Mengikut salah satu artikel yang diterbitkan di laman sesawang The Star, luahan seorang wanita yang mengatakan impian beliau untuk menjadi seorang jurutera kimia terpaksa dibatalkan kerana ibu bapa beliau tidak membenarkan dia mengambil jurusan tersebut kerana keputusan peperiksaannya yang terlalu cemerlang.
Ini kerana ibu bapa beliau merasa jurusan perubatan lebih bagus untuknya.
“Why do people like to make things so complicated when they can be so simple? Dear parents, please listen to your children. Don’t give in to your relatives. We live this life for ourselves, not for them.” ~ Depressed Independent Woman”
Beliau tidak dapat menyuarakan pilihan dirinya, kerana menurut budaya kita remaja yang berumur 21 tahun ke bawah tidak berhak untuk menyuarakan pendapat mereka. Beliau merasakan ini terjadi disebabkan oleh desakan saudara mara.
Tetapi jika ibu bapa memberikan segala kebebasan kepada anak-anak mereka untuk membuat keputusan, tidakkah ini akan membuatkan anak-anak mereka akan tiada hala tuju kerana mereka tidak cukup matang untuk menentukan segalanya kerana belum mempunyai pengalaman hidup yang secukupnya.
Menurut artikel di laman Moms.com ibu bapa boleh mendidik anak-anak untuk membuat keputusan sendiri dari beberapa segi sejak dari kecil lagi. Diantaranya adalah seperti:
Membuat keputusan untuk memberitahu perasaan mereka
Memberi peluang kepada anak-anak kecil untuk meluahkan perasaan mereka adalah salah satu titik permulaan untuk anak anda memberanikan diri mereka untuk membuat keputusan sendiri dan tidak akan menyimpan perasaan mereka.
Menghias bilik mereka sendiri
Tahap kreativiti anak boleh diasah apabila ibu bapa membiarkan anak mereka diberi kebebasan dalam memilih apa yang mereka suka. Bilik adalah merupakan salah satu tempat yang mereka selalu menghabiskan masa mereka.
Tajuk buku yang mereka suka
Buku merupakan jendela untuk pengetahuan mereka dan juga imaginasi, luangkan masa untuk mengetahui apa yang mereka suka dan bantulah mereka untuk memahami kandungan buku itu.
Jangan sangka kan buku komik tidak bagus untuk mereka, dalam nisbah yang sihat kemungkinan mereka boleh menjadi juru animasi ataupun pelukis seni mahupun komik.
Walaubagaimanapun, kelonggaran yang anda berikan haruslah berpatutan dan anda sebagai ibu bapa harus ambil tahu apa yang mereka buat dalam kehidupan seharian.
Jika anda rasa benda atau aktiviti yang mereka buat adalah tidak bagus dan memudaratkan diri mereka, anda harus berbincang dan menasihati mereka akibat perkara yang mereka buat itu tidak bagus untuk mereka.
Pendek kata, biarlah mereka menentukan apa yang mereka mahu. Anda sebagai ibu bapa haruslah menyokong dan membimbing mereka. Kata kunci di sini adalah “MEMBIMBING” dan bukan “MENGONGKONG”.
~Happy Children’s Day~