Permulaan Hidup Baru, 7 Tip Bantu Ibu Tunggal Jalani Kehidupan – Manis Madu
Permulaan Hidup Baru, 7 Tip Bantu Ibu Tunggal Jalani Kehidupan

Permulaan Hidup Baru, 7 Tip Bantu Ibu Tunggal Jalani Kehidupan

Kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukan satu fasa yang mudah. Peralihan daripada kehidupan berpasangan kepada hidup sendirian, tidak kira sama ada berpisah kerana penceraian atau kematian, kedua-duanya memiliki tahap kesukarannya sendiri.

Namun, perkara tersebut bukanlah pengakhiran. Terdapat banyak kisah ibu tunggal yang berjaya bangkit daripada kekecewaan dan meneruskan kehidupan dengan bahagia.

 

Hari ini Madu akan kongsikan beberapa tips untuk korang yang baru sahaja bergelar ibu tunggal. You can do this mummies!

jon-flobrant-C2PvO6dOORY-unsplash (1)

Belajar Dengan Ibu Tunggal Yang Lain

priscilla-du-preez-F9DFuJoS9EU-unsplash (1)

Perubahan yang berlaku mungkin akan membuatkan korang bingung pada awalnya. Lebih-lebih lagi tentang cara membesarkan anak. Jadi, jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari ibu tunggal lainnya. Bertanya pada kawan atau keluarga atau sesiapa yang boleh dipercayai.

Berhenti Salahkan Diri Sendiri

Menjadi ibu tunggal bukan kesalahan anda! Maka, perkara pertama yang perlu diingat adalah berhenti menyalahkan diri sendiri atau membebankan anak atas keputusan yang telah dibuat.

Rancang Aktiviti Untuk Diri Sendiri

Jika menjadi ibu tunggal disebabkan perceraian, ia akan menjadi satu rutin hidup baru yang mana korang akan berkongsi anak dengan pasangan. Akan ada masa anak berada di samping korang, ada pula masanya giliran anak ke rumah pasangan.

Pada waktu ini, lebih baik korang rancang aktiviti ketika anak-anak bermalam di rumah bapanya dengan lebih awal. Antaranya keluar bersama rakan-rakan, keluar beriadah atau apa-apa perkara yang biasanya tidak dapat dilakukan ketika anak berada di rumah.

Wujudkan ‘me time’

girl-with-red-hat-G1N9Cgs1aE8-unsplash (1)

‘Me time’ sangat penting buat para ibu tunggal! Kadang-kadang korang selalu rasa nak pikul semua tanggungjawab dan ‘beban’ atas bahu sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Bagi ruang dan masa untuk diri korang ya. Dengan cara ini, kesihatan fizikal, mental dan emosi lebih terjaga!

Bersikap Terbuka

Bagi pasangan yang berpisah kerana perceraian, perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap anak-anak. Dalam hal ini, sebagai ibu bapa korang perlu bersifat terbuka untuk menjelaskan situasi sebenar kepada mereka.

 

Namun, perlulah sampaikan di masa yang sesuai dan ambil masa untuk bercakap dengan anak tentang perceraian. Amat penting untuk mendengar luahan dan perasaan mereka serta elakkan berkata sesuatu yang negatif tentang pasangan.

Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Anak

alexander-dummer-UH-xs-FizTk-unsplash (1)

Antara tips membesarkan anak sebagai single parent, korang perlu belajar cara yang betul untuk memuji anak-anak apabila mereka berjaya melakukan sesuatu dengan baik. 

 

Cuba untuk sokong mereka dan peka dengan apa yang mereka lalui setiap hari seperti bertanya apa yang mereka lakukan setiap hari, bermain, bercerita atau memberi pelukan ketika mereka tidur.

Wujudkan Peraturan

Bagi mengajar anak tentang peranan dan tugas mereka di rumah, berikan penerangan mengenai peraturan rumah dan apa yang korang harapkan. 

 

Contohnya, mengemas tempat tidur, mengurus diri dan lain-lain. Dalam hal ini, disiplin yang konsisten ibu adalah penting terutama jika anak masih kecil.

paolo-chiabrando-jFAKHOcxcAw-unsplash (1)

Harus diakui, menjadi ibu tunggal bukanlah tugas yang mudah tetapi tidak bererti tidak boleh dilalui dengan baik. Dengan rasa ikhlas, redha dan sikap tidak putus asa, pasti proses ini akan menjadi satu pengalaman hidup yang mendewasakan dan menggembirakan.

Post a Comment