Sedih? Gembira? Geram? Rasa Segala Emosi Tonton Filem Yang Angkat Tema Wanita Kuat! – Manis Madu
Sedih_ Gembira_ Geram_ Rasa Segala Emosi Tonton Filem Yang Angkat Tema Wanita Kuat!

Sedih? Gembira? Geram? Rasa Segala Emosi Tonton Filem Yang Angkat Tema Wanita Kuat!

Netflix menjadi salah satu platform menonton filem yang memuatkan berbagai genre. Bermula ketika tempoh pandemik, Netflix menjadi pilihan para penonton untuk binge-watch ketika tempoh ‘berkurung’.

 

Menariknya, di platform ini Maduners boleh filem dari pelbagai negara. Filem Korea, Jepun, Indonesia bergenre action, komedi bahkan anime pun ada. Pilih jerr!

 

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia hari ini, Anis nak kongsikan beberapa filem dan series menarik yang mengangkat wanita sebagai watak utama. Women empowerment!

Maid

Maid

Filem ini pernah tular di media sosial dan mendapat banyak komen positif daripada warganet. Maid ditayangkan pada 1 Oktober 2021 dan mengangkat kisah perjuangan seorang ibu tunggal.

Maid menceritakan kisah perjuangan Alex Russell, seorang ibu tunggal yang berjuang meneruskan kehidupan bersama anaknya, Maddy Boyd. Perjuangan Alex bermula apabila satu malam dia melarikan diri dari rumah selepas bergaduh besar dengan suaminya.

 

Berbekalkan nekad di hati dan wang berjumlah 18 dollar, Alex terpaksa menjalani hidup di merata tempat termasuk menumpang di rumah rakannya dan dia juga terpaksa bekerja sebagai petugas kebersihan untuk kelangsungan hidup.

 

Keadaan semakin rumit apabila suaminya meminta hak penjagaan anak dan perkara ini memerlukan Alex berjuang sekuat tenaga untuk mendapatkan hak penjagaan anak di mahkamah. Kalau Maduners nak tahu pengakhiran kisah ini, kena tengok filem ini di Netflix!

O Caderno De Tomy (Notes For My Son)

131402334_218947789826706_6473721599932322352_n (1)

Filem kedua pula diinspirasikan oleh kisah benar, mengisahkan tentang seorang wanita yang berjuang melawan kanser tahap akhir. Ketika menyedari dirinya tidak bertahan lama, Maria Vazquez mula melakukan perubahan kecil dalam hidupnya.

Antaranya dia meminta suaminya membelikan buku catatan harian untuk dicoretkan buat anaknya di masa depan dan mula mendekatkan diri dengan media sosial sebagai sumber hiburan buatnya.

 

Anis boleh katakan filem ini sangat menginspirasikan yang mana menceritakan betapa cekalnya wanita bernama Maria Vazquez ini dalam melawan kanser sampaikan pernah bercadang untuk menghentikan semua rawatan dan ubat-ubatan!

 

Haa, siapa yang masih belum tonton filem ini, korang pergi lah tengok. Best, menginspirasikan dan jangan lupa sediakan tisu.

MiMi

MiMi

Sekarang, Anis nak bawa Maduners ke filem Bollywood pula. Semua sedia maklum, filem-filem India jarang tak menarik. Semua sarat dengan pengajaran dan nilai!

Filem MiMi menceritakan tentang seorang gadis bernama Mimi yang sanggup menjadi menjadi ibu tumpangan kepada pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Summer dan John. Nak dijadikan cerita, satu hari ada berita kurang baik disampaikan oleh doktor mengenai bayi dalam kandungan Mimi yang membuatkan pasangan dari AS tersebut terus menghilangkan diri.

 

Perasaan korang kalau tonton filem ini mesti macam roller coaster, naik turun! Sedih, marah, kelakar semua ada boleh dapat dalam filem ini. Maduners kena tengok bagaimana Mimi menangani situasi selepas kelahiran anak yang dikandung. Tengok filem ini, dua jam pun tak terasa!

My Name

My Name

Bagi Maduners yang minat dengan genre crime dan action, Kdrama berjudul My Name ini akan buatkan korang tak senang duduk. Mula ditayangkan secara rasmi di Netflix pada 15 Oktober 2021, drama ini menampilkan lakonan Han Soo Hee sebagai watak utama.

Drama ini berkisarkan tentang karakter seorang gadis bernama Ji Woo yang berniat membalas dendam kepada pembunuh ayahnya yang dibunuh secara misteri. Perjalanan dan proses yang perlu dia lalui bagi mengungkap pembunuh sebenar ayahnya mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya.

 

Fakta menarik tentang drama ini, pelakon utamanya, Han Soo Hee mengikuti kelas seni mempertahankan diri sebelum drama My Name ditayangkan.  Han Soo Hee juga berkata dia merasa puas dengan hasil adegan aksi yang dilakukannya sendiri ketika proses penggambaran.

Penyalin Cahaya (Photocopier)

Penyalin Cahaya

Mind blowing! Itu adalah antara komen warganet berkaitan filem thriller mystery dari Indonesia, Penyalin Cahaya. Mula ditayangkan secara rasmi pada Oktober 2021, filem ini pada dasarnya mengangkat isu mangsa serangan seksual dan pihak produksi sudah melakukan penyelidikan termasuk menemu bual mangsa serta aktivis berkaitan.

Penyalin Cahaya mengisahkan tentang seorang pelajar pintar bernama Suryani tidak berjaya mendapatkan biasiswa apabila gambarnya mabuk di parti tersebar melalui media sosial. Rentetan peristiwa itu, Suryani memulakan penyiasatan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan menemukan sesuatu yang sangat tak terduga!

 

Filem ini mula ditayangkan di Netflix pada Januari 2022 dan telah merangkul sebanyak 12 anugerah di 26th Busan International Film Festival tahun lalu.

 

Filem atau siri yang Anis kongsikan ini mengangkat tema kekuatan dan kecekalan dalam diri seorang wanita. Wanita bukan manusia yang lemah!

Post a Comment