Persediaan Sebelum Ramadhan – Manis Madu

Persediaan Sebelum Ramadhan

Ramadhan akan tiba tak lama lagi Maduners! Adakah Maduners tak sabar menunggu bulan yang dipenuhi rahmat (blessing) ni? Madu pun tak sabar! Sementara menunggu, mesti Maduners tertanya-tanya apa yang perlu kita sediakan sebelum berpuasa betul tak? Haa!! Mari baca artikel ini bersama-sama

1. Membaca & Memahami Al Quran

Image by Michael von Aichberger from Pixabay

Selain membaca Al Quran, Maduners gunalah masa ini untuk memahami maksud tersiratnya supaya hati kita akan lebih tenang untuk mengharungi kehidupan seharian ketika berpuasa nanti!

2. Ikuti Sunnah dan banyakkan solat sunat

Sumber Gambar: PesonaPengantin.my

Mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dan menunaikan solat sunat dapat meningkatkan ketekunan Maduners sebelum Ramadhan tiba. Sudah pasti, Maduners inginkan pahala (good deeds) yang lebih kan? Jadi amalkan ini agar Maduners dapat membiasakan diri bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi pada bulan yang lain juga.

3. Bersedekah

Photo by Kat Yukawa on Unsplash

Bersedekah ialah amalan yang sangat mulia. Memperbanyakkan sedekah dapat meningkatkan kemuliaan Maduners untuk membantu orang yang susah. Maduners yang banyak bersedekah, akan dilimpahi rahmat (blessing) dalam kehidupan sehariannya.

4. Perbaiki Diri Anda

Tingkah laku memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian Maduners. Oleh itu, mari kita perbaiki tingkah laku kita menjadi lebih baik sebelum Ramadhan tiba nanti.

5. Makan dengan sihat dan berpada-pada

Photo by Ali Inay on Unsplash

Bila ingat Ramadhan, Maduners Mesti kaitkan dengan makanan betul tak? Memang betul! Tapi makan tu kenalah berpada-pada yeah!  Sekurang ya, Maduners dapat practice makan sikit-sikit dari makan dalam kuantiti yang banyak masa berbuka puasa nanti.

6. Amalkan Senaman Ringan

Photo by Kari Shea on Unsplash

Bersenam ialah salah satu aktiviti yang mesti Maduners lakukan sebelum berpuasa. Ia bukan sahaja untuk kesihatan malah ia dapat memberikan kita tenaga semasa berpuasa selama sebulan nanti. Jadi Maduners takdelah rasa penat nanti.

7. Banyakkan Berdoa

Guna kan masa ini untuk banyak berdoa agar kita sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak baik serta meminta ampun (forgiveness) untuk kesalahan yang telah kita lakukan.  Banyak berdoa dapat menambahkan rahmat (blessing) serta mendapat kebahagiaan dalam diri ini

8. Adakan senarai doa untuk dibaca

Dengan adanya senarai doa, Maduners akan lebih berdisiplin dan juga rajin membacanya sebelum puasa tiba. Maduners akan lebih tahu jenis doa mana yang sesuai untuk dibaca serta berkongsi senarai doa ini untuk keluarga dan rakan untuk mengamalkannya. Sharing is caring Maduners!

9. Spring clean rumah

Mengemas rumah dapat memberi semangat untuk Maduners menyambut kedatangan Ramadhan. Ia seperti memberi vibe yang baru untuk Maduners looking forward bila berpuasa nanti.

10. Ramadhan Plan

Sumber Gambar: Mydeen.club

Maduners buatlah jadual waktu aktiviti harian sementara menunggu berbuka puasa nanti.

 

Sekurangnya, Maduners tahu nak buat apa dari tengok jam berapa lama lagi nak berbuka hehe…

 

Itu sahaja dari Madu!! Madu harap Maduners dapat lah amalkan tips yang Madu sarankan ni! Madu ucapkan all the best dan Selamat Berpuasa ualls!!!✨❤️

Post a Comment