Pertama Kali Bertemu Selepas 36 Tahun, Pasangan Kembar Seiras Ini Terpisah Sejak Lahir! – Manis Madu
Pertama Kali Bertemu Selepas 36 Tahun, Pasangan Kembar Seiras Ini Terpisah Sejak Lahir

Pertama Kali Bertemu Selepas 36 Tahun, Pasangan Kembar Seiras Ini Terpisah Sejak Lahir!

Macam mana agaknya perasaan bertemu dengan pasangan kembar sendiri buat pertama kalinya selepas 36 tahun!

 

Inilah yang berlaku kepada pasangan kembar seiras Molly Sinert dan Emily Bushnell yang telah terpisah sejak lahir di Korea Selatan dan dijadikan anak angkat oleh dua keluarga berbeza.

pasangan kembar seiras Molly Sinert dan Emily Bushnell yang telah terpisah sejak lahir

Menurut portal Daily Star, dua beradik kembar seiras ini tidak menyangka mereka merupakan pasangan kembar sehingga ulang tahun mereka ke-36.

 

Kedua-dua mereka dibesarkan tanpa menyedari mereka sebenarnya adalah pasangan kembar, selain mempunyai sedikit maklumat tentang asal usul mereka.

Selepas disatukan kembali, mereka menyedari memiliki minat yang sama

Atas kehendak takdir, selepas 36 tahun mereka dipertemukan kembali antara satu sama lain selepas melakukan ujian DNA dan berjumpa buat pertama kali.

 

Perkara ini bermula apabila anak perempuan Emily yang berusia 11 tahun, Isabel ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keluarga ibunya.

 

Dalam masa yang sama, Molly juga memutuskan untuk melakukan ujian DNA bagi mengetahui sejarah keluarganya.

 

Moly dan Emily masing-masing dijadikan sebagai anak angkat oleh dua keluarga di Amerika Syarikat ketika usia mereka baru beberapa bulan.

 

Molly dibesarkan di Florida, manakala keluarga Emily dari Pennsylvania.

dibesarkan tanpa menyedari mereka sebenarnya adalah pasangan kembar

Selepas disatukan kembali, mereka menyedari memiliki minat yang sama seperti membela kucing, memakai pakaian yang sama dan gaya rambut yang serupa.

Sumber gambar: dailystar.co.uk

Post a Comment