Perut Kakak Rasa Mendidih, Adik Pula Meninggal, Apa Sebenarnya Terjadi Pada Dua Beradik Ini? – Manis Madu
Adik Suami Isteri Meninggal Dunia, Perut Kakak Pula Bagai Mendidih, Harta Pusaka Jadi Punca

Perut Kakak Rasa Mendidih, Adik Pula Meninggal, Apa Sebenarnya Terjadi Pada Dua Beradik Ini?

Menurut mStar, bukan sahaja berubat secara moden, tradisional pun sudah namun kesemuanya menemui jalan buntu sepanjang tiga tahun ini.

 

Bukan saja Qistina yang ada penyakit itu namun adik lelaki dan isteri adiknya itu juga menghidap penyakit yang sama sehingga mereka berdua sudah pun menemui ajal.

 

“Siapa yang tidak sedih dengan pemergian ahli keluarga tersayang dan apa lebih meragukan kematian mereka berlaku selepas menderita penyakit misteri yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan.

 

“Selepas kematian mereka, saya pula yang diserang penyakit sama sehinggakan saya buntu dengan keadaan yang berlaku pada diri saya,” ulasnya lagi.

 

Pendapat Qistina, mereka dibuat sebegitu rupa kerana ada pihak yang tidak berpuas hati selepas dia mendapat hak penjagaan tanah pusaka dari arwah ayahnya dan adiknya tinggal di tanah pusaka tersebut.

 

Bukan sahaja penyakit misteri namun dia juga sering diganggu oleh entiti misteri sehingga terpaksa berpindah rumah.

 

Cerita Qistina lagi, sejak ayahnya meninggal dunia, tanah ini diberika kepadanya namun adiknya yang tinggal di situ kerana adiknya masih tidak mempunyai rumah sendiri.

 

“Arwah bapa tidak pernah memfaraidkan hartanya tetapi memandangkan kami adik-beradik sudah mempunyai rumah sendiri, jadi adik tinggal di situ bersama isteri dan empat anaknya sejak bapa kami meninggal dunia.

 

“Sejak dia tinggal di rumah itu, bermulalah episod ngeri apabila adik dan isterinya tiba-tiba jatuh sakit sebelum meninggal dunia,” katanya.

 

Pada awalnya, Qistina sukar untuk percaya bahawa adiknya disantau namun setelah dia sendiri terkena, baru dia sedar akan hal itu.

 

Kisahnya bermula apabila Qistina mengalami sakit perut yang kerap, sakitnya seolah-olah gastrik namun lebih pedih sehingga dia terpaksa mengambil cuti sakit.

 

“Saya fikir saya silap makan, jumpa doktor lega sekejap tetapi tak lama ia serang kembali sampai rasa menyucuk di bahagian perut dan dada membuatkan saya tak larat bekerja.

 

“Apa membuatkan saya gelisah, perkara sama berlaku kepada arwah adik saya sampai dia tak bermaya menahan sakit meskipun pelbagai cara telah dilakukan,” ceritanya.

 

Sejak dari itu dia mengesyaki telah disantau dan cuba untuk berubat kampung.

 

“Seperti dijangka benar saya terkena santau dan proses ‘membuang’ itu memang cukup menyeksakan… saya jadi lemah satu badan sampaikan ustaz dan tiga pembantunya turut keletihan.

 

“Ada beberapa jenis santau yang dihantar kepada saya yang membuatkan proses itu menjadi sukar,” katanya.

 

Malah dia mengesyaki pihak yang melakukan perbuatan terkutuk itu berdendam dengan keluarga mereka selama ini.

 

“Saya sudah jangka ia perbuatan seseorang yang kami kenal tetapi saya anggap perkara itu sebagai ujian. Sehingga kini saya masih berubat dalam usaha ‘membuang’ saki baki santau dihantar kepada saya.

 

“Malangnya individu tersebut seolah-olah tidak serik dan mengetahui saya sedang berubat dan cuba menghantar pelbagai benda syirik kepada saya,” katanya.

Post a Comment