Polis Korea Buru Suspek Wanita Warga Malaysia, ‘Rompakan Senyap’ Bernilai RM53 Juta – Manis Madu
‘Rompakan Senyap’ Bernilai RM53 Juta

Polis Korea Buru Suspek Wanita Warga Malaysia, ‘Rompakan Senyap’ Bernilai RM53 Juta

Seorang wanita warga Malaysia ketika ini sedang giat diburu oleh pasukan polis di Korea Selatan.

wang

Kronologi bermula selepas Landing Casino yang terletak di Pulau Jeju milik sebuah firma Hong Kong, Landing International Development Ltd. Yang secara misteri telah kehilangan wang berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta).

 

Suspek adalah seorang wanita yang ditugaskan mengendali dana di pusat casino itu. Lebih misteri lagi wanita itu dikhabarkan telah bercuti sejak hujung Disember, 2020.

 

Pihak polis bagaimanapun percaya suspek yang terlibat dalam kejadian itu mungkin lebih dari seorang.

 

Isu ‘rompakan senyap’ tersebut kemudian mula diwarkan-warkan oleh syarikat berkenaan kepada pemegang saham di laman web mereka.

 

Berhubung kenyataan tersebut, pihak Landing International Development Ltd. mengatakan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan kakitangan mereka yang terlibat, seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang berasal dari Malaysia.

kamera litar tertutup

Orang ramai yang mendengar akan berita ‘rompakan senyap’ menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu jenayah terancang apabila rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) telah dipadam sewaktu kejadian berlaku.

 

Untuk pengetahuan Maduners, wang yang ‘hilang’ itu memiliki berat 280 kilogram yang mana pengendali resort terbesar di Korea, Jeju Shinhwa World itu percaya ia sukar di bawa keluar oleh sesiapa dan yang pastinya ia perlu melepasi pelabuhan ataupun lapangan terbang.

 

Justeru itu, mereka percaya wang yang hilang itu masih lagi berada di dalam pulau berkenaan.

Post a Comment