Polis Soal Macam-Macam, Ingatkan Buat Salah Besar Rupanya Lain Cerita
Seorang polis dikenali memiliki karakter yang tegas dan garang ketika menjalankan tugas namun mungkin lain karakternya bila bersama orang-orang tersayang seperti isteri dan ahli keluarga.
Satu perkongsian video di laman TikTok oleh @eyra980 menunjukkan dia disoal seorang anggota polis mendapat perhatian warganet.
@eyra980Reply to @zuzyloverzyirul 🤣😂 di sblik mask tu.Dia tgh gelakkan kita tau.Dgn wife sndiri dia mmg x pndai nk tunjuk muka serious.😝acah2 katakan. 😂♬ original sound – Eyra_Wan’z
Rupa-rupanya, anggota polis tersebut adalah suaminya! Patut lah boleh bergelak ketawa jerr sembang dengan abang polis. Kalau Madu, dah kecut perut!
Menurut video tersebut, wanita itu ditahan oleh suaminya yang berpura-pura tidak kenal dan dia ditanya beberapa soalan dengan nada yang agak tinggi.
Namun menurut Eyra, di sebalik pelitup muka dipakai, suaminya sedang tertawa kerana tidak pandai menunjukkan wajah yang serious ketika berdepan dengan isterinya.
Tambahnya lagi, pertanyaan yang diajukan juga sekadar untuk bergurau sesama mereka.
Di penghujung video itu, wanita itu sempat mengusik suaminya dengan meminta suaminya tidur di luar jika sudah pulang nanti.
“Nanti kalau balik, tidur dekat luar eh? Tidur luar…”
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 3.5 juta tontonan, 292.8k tanda suka, 3477 komen serta seramai 4346 orang telah berkongsi video berkenaan.
Kebanyakan warganet terhibur dengan telatah pasangan ini dan tidak kurang juga yang menyifatkan mereka sebagai pasangan yang ‘sweet’.