Tayang Gambar Dine-In Di Perlis Buat Ramai Cemburu! – Manis Madu
Tayang Gambar Dine-In Di Perlis Buat Ramai Cemburu

Tayang Gambar Dine-In Di Perlis Buat Ramai Cemburu!

Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 membolehkan tiga buah negeri di Malaysia iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diberi sedikit kelonggaran pematuhan SOP. 

 

Antaranya di ketiga-tiga negeri itu sudah dibenarkan untuk ‘dine-in’ atau makan di restoran.

white plates with assorted food

Perkongsian daripada @IzzRaifHarz dengan caption “Salam dine-in dari Perlis” mencecah 13.7k ulang ciap serta 23.4k tanda suka di laman Twitter.

Perkara itu mengundang ‘cemburu’ kebanyakan pengguna media sosial yang masing-masing menyatakan kerinduan untuk makan bersama rakan dan keluarga di luar dan berharap dapat berbuat demikian tidak lama lagi. Madu pun cemburu!

 

Ruangan komen dipenuhi dengan luahan cemburu berbaur rindu dengan aktiviti dine-in yang sudah lama tidak dapat dilakukan kerana terpaksa berkurung akibat Covid-19.

 

Walau bagaimanapun, ramai juga yang menasihati penduduk di negeri tersebut agar berhati-hati dan tidak terlalu ghairah untuk keluar rumah jika tiada urusan penting memandangkan peningkatan kes Covid-19 masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Post a Comment