PU Riz Sah Risik Neelofa, Tapi Betul Ke Mereka Sudah Bertunang? – Manis Madu
PU Riz Sah Risik Neelofa

PU Riz Sah Risik Neelofa, Tapi Betul Ke Mereka Sudah Bertunang?

Siapa di sini peminat tegar Neelofa confirm akan tahu tentang berita dirinya dirisik oleh PU Riz (Haris Ismail) yang tular di Twitter.

 

Melalui perkongsian Neelofa di Instastory, ramai mengatakan ianya mempunyai kaitan dengan majlis yang diadakan secara sederhana itu.

Neelofa dirisik oleh PU Riz (Haris Ismail)

Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini. (Senyuman di sebalik niqab),”

 

Sebenarnya masih ramai yang tertanya adakah ianya majlis pertunangan atau merisik ini betul atau tidak kerana Neelofa belum lagi memberikan kenyataan yang sebenar tentang hal ini. Namun, terdapat banyak bukti dan hint yang korang boleh jumpa di Twitter mengenai hal ini!

Neelofa

Kapsyen yang ditulis oleh ibu Neelofa iaitu Noor Kartini di Instagram meyakinkan lagi mengenai desas-desus berita pertunangan usahawan ini.

 

Saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba, Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku..,” Awh terharu pula Madu baca! Namun, kini kapsyen tersebut telah dibuat kepada emoji ‘love’.

 

Melalui Instastory Neelofa pula, korang boleh lihat PU Riz menjadi Imam bagi menunaikan solat Asar semasa majlis tersebut berlangsung.

Ramai juga netizen yang telah memberi ucapan tahniah dan reaksi positif kepada Neelofa dan juga PU Riz!

Astro Awani pula telah mengeluarkan berita pada Ahad malam mengenai kesahihan keluarga PU Riz merisik Neelofa.

 

Menurut Astro Awani juga, mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Sah-Neelofa-dirisik-PU-Riz

Sumber Gambar: Astro Awani

Apa-apa pun Madu nak ucapkan tahniah kepada Neelofa dan PU Riz! Semoga kekal bahagia sentiasa!

Post a Comment