Puteri Mako Selamat Bergelar Isteri Kekasihnya, Kei Komuro – Manis Madu
Puteri Mako Selamat Bergelar Isteri Kekasihnya, Kei Komuro

Puteri Mako Selamat Bergelar Isteri Kekasihnya, Kei Komuro

Puteri Mako selamat berkahwin dengan teman lelakinya sejak dari zaman kolej lagi, Kei Komuro, sekaligus hilang statusnya sebagai kerabat diraja Jepun, lapor BBC.

 

Di bawah undang-undang Jepun, kerabat diraja wanita akan kehilangan status mereka apabila berkahwin dengan orang kebanyakan.

 

Puteri Mako tidak mengadakan upacara perkahwinan diraja dan menolak pembayaran oleh kerajaan yang ditawarkan kepada kerabat diraja wanita yang akan berpisah dengan keluarga mereka.

Princess Mako speaking with her father, mother and sister before leaving for her wedding

Puteri Mako merupakan anggota keluarga diraja Jepun yang pertama menolak pembayaran tersebut.

 

Beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan memohon maaf bagi semua masalah yang tercetus akibat perkahwinannya.

 

“Saya memohon maaf atas masalah yang tercetus dan amat berterima kasih kepada mereka yang terus menyokong saya.

Many slogans appeared to bring up financial issues around Mr Komuro's family - specifically his mother

“Bagi saya, Kei tiada galang gantinya dan kami perlu memutuskan untuk berkahwin,” kata Puteri Mako.

 

Pasangan tersebut dijangka berpindah ke Amerika Syarikat di mana Komuro bertugas sebagai peguam.

 

Perpindahan itu telah mencetuskan perbandingan antara Puteri Mako dan Komuro dengan pasangan diraja Britain, dengan orang ramai menggelar pasangan pengantin baharu itu sebagai ‘Harry dan Meghan Jepun’.

Post a Comment