Rachel Zegler Disahkan Bakal Jadi Snow White? – Manis Madu
Rachel Zegler Disahkan Bakal Jadi Snow White

Rachel Zegler Disahkan Bakal Jadi Snow White?

Aktres Columbia-Amerika, Rachel Zegler disahkan akan memainkan watak Snow White dalam filem adaptasi live-action terbaru Disney, umum syarikat itu pada hari Selasa lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rachel zegler (@rachelzegler)

Memetik laporan Malay Mail, Zegler, 20, telah bersaing dengan 30,000 saingan dalam sesi uji bakat terbuka bagi membolehkan dia memegang watak Maria dalam filem adaptasi West Side Story yang ditangguhkan oleh Steven Spielberg, Disember lalu.

 

Menurut hantaran Zegler di laman Instagram peribadinya, perkara ini disifatkan sebagai impian yang menjadi kenyataan kerana angan-angannya tercapai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rachel zegler (@rachelzegler)

Sebelum pengumuman itu, Zegler telah meluahkan kekagumannya terhadap pemegang watak Bailey dalam The Little Mermaid, melalui satu ciapan di Twitter.

Difahamkan, tayangan filem Snow White ini dijangka bermula tahun depan.

Post a Comment