Rahsia Masakan Korea, 3 Resipi Guna Pes Cili Gochujang Wajib Cuba! – Manis Madu
Makanan Guna Sos Gochujang

Rahsia Masakan Korea, 3 Resipi Guna Pes Cili Gochujang Wajib Cuba!

Makanan korea adalah salah satu makanan negara Asia yang sangat popular di negara Malaysia. 

 

Bagi penggemar makanan pedas Korea korang mesti pernah dengar tentang sos cili Gochujang yang tengah viral sekarang kan?

 

Makanan Korea tidak akan lengkap tanpa sos cili gochujang.

 

Jadi, hari ini Miera akan kongsikan kepada Maduners semua antara resipi menu dari Korea yang boleh korang buat sendiri dengan hanya menggunakan  pes Gochujang!

 

Gochujang kebiasaannya digunakan dalam pelbagai hidangan Korea. Pes ini dibuat dari serbuk cili Korea, serbuk beras, dan kacang soya yang diperam. 

 

Proses penapaian menjadikan pes Gochujang sebagai probiotik sihat yang membantu pencernaan dan meningkatkan imuniti. 

 

Gabungan rasa manis, dan pedas dalam pes cili Korea ini menjadikannya sesuai untuk digabungkan dengan pelbagai jenis makanan sama ada sayuran, karbohidrat mahupun protein.

#Army Stew (Budae jjigae)

Makanan korea jenis ini boleh dikatakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.

 

Maduners perlu tahu untuk masak Korean Army Stew ini  dengan menggunakan pes cili Gochujang kerana ia sangatlah mudah!

 

Antara bahan yang diperlukan  untuk membuat sup bagi resepi ini ialah :

  • 2 sudu kicap soya 
  • 2 sudu gula 
  • Sedikit Halia 
  • 2 sudu chilli flakes
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu Gochujang

 

Cara nak memasaknya sangatlah mudah yang penting pes Gochujang wajib ada.

 

Korang hanya perlu tumis kesemua bahan di atas dan masukkan sedikit air. 

 

Untuk bahan utamanya pula korang boleh jer letak apa-apa bahan mengikut selera masing-masing. Antara bahan yang boleh digunakan adalah seperti :

 

  • Mee Segera
  • Cendawan
  • Sosej
  • Korean Rice cakes (direbus)
  • Kimchi
  • Tofu
  • Sayur Kobis
  • Keju

 

Masukkan saja semua bahan itu ke dalam sup Gochujang yang telah ditumis tadi sebelum taburkan keju di bahagian atasnya.

 

Resepi pertama makanan korea dah siap! Menu ini sangat sesuai untuk dikongsi beramai.

#Tteokbokki

Selain dari pes Gochujang, resipi Tteokbokki Korea ini juga menggunakan  rice cake sebagai bahan utama dalam masakan. Rasanya yang kenyal dan pedas sangat menjadi kegilaan ramai.

 

Bahan yang Maduners akan gunakan untuk resepi ini adalah:

  • 1 ½ Serbuk Dashi
  • 1 sudu Cili flakes
  • 2 sudu Pes Gochujang
  • 1 sudu Gula
  • 1 sudu kicap soya
  • 750g Air 
  • 150g rice cake 

 

Cara nak buat hidangan ini:

 

  • Pertama sekali masukkan serbuk dashi dan air ke dalam kuali atau frypan besar dan didihkannya sekejap.

 

  • Kemudian masukkan pula pes Gochujang dan bahan tumisan yang lain supaya sup menjadi wangi.

 

  • Langkah terakhir barulah Maduners masukkan rice cake ke dalam sup yang ditumis tadi sehingga lembut dan kuahnya pula bertukar menjadi pekat dan likat

 

  • Untuk lebih menarik korang boleh campurkan sekali telur yang dah direbus ke dalam tteokbokki tadi.

 

Resipi ini sangat cepat dan mudah untuk dibuat, 10 minit sahaja pun dah boleh siap!

#Korean Fried Rice

Mungkin Maduners dah bosan  dengan resipi nasi goreng Malaysia dan ingin bertukar selera kepada nasi goreng Korea pula.

 

Nasi goreng versi Korea ini sememangnya resepi yang paling sesuai untuk Maduners cuba kerana ia berbeza dengan nasi goreng yang biasa dimakan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng ini ialah:

  • 2 sudu minyak zaitun/ minyak sayur
  • 3 biji telur
  • 4 sudu kicap soya
  • 1 mangkuk nasi
  • 3 sudu pes gochujang
  • 1 sudu biji bijan
  • Daun bawang

 

Cara nak membuatnya lebih kurang sama seperti nasi goreng biasa. 

 

  • Pertama sekali panaskan kuali dan letakkan minyak zaitun ke dalamnya.

 

  • Bila minyak dah panas pecahkan semua telur dan masukkan sekali dengan kicap soya.

 

  • Kalau korang tengok telur tadi hampir masak, korang boleh masukkan terus nasi ke dalam kuali dan jangan lupa bahan penting iaitu pes Gochujang.

 

  • Kacau sehingga rata dan akhir sekali taburkan biji bijan dan daun sup ke atas nasi.

 

Tada!! Korean fried rice is done! Mudah sahajakan? Lepas ini kalau tiba-tiba rasa nak makan makanan Korea dah boleh masak sendiri dekat rumah. 

 

Bahan-bahan dia pun mudah nak dapat. Maduners boleh cari dekat grocery berdekatan atau di Shopee pun ada. 

 

Selamat mencuba!

Post a Comment