Resipi Cornflakes Rahsia Korang Patut Cuba, Terliur Tengok Resipi Yang Kedua! – Manis Madu
3 Resipi Cornflakes Rahsia Korang Patut Cuba

Resipi Cornflakes Rahsia Korang Patut Cuba, Terliur Tengok Resipi Yang Kedua!

Nak makan cornflakes tapi tak nak cookies? Jangan risau, Miera ada penyelesaian untuk korang!

 

Sebelum ini Miera banyak kongsikan resipi cookies berasaskan cornflakes kan? Jadi hari ini Miera nak buat kelainan sikit sebab hari ini kita akan belajar cara nak buat kuih muih atau kudapan berasaskan cornflakes.

#Cekodok Pisang Cornflakes Madu

cokodok-pisang-cornflakes-madu-re

Untuk resipi kita yang pertama ialah cekodok pisang cornflakes madu. Dengar jer pun dah macam sedap.

 

 Jadi, bahan-bahan yang Maduners perlukan ialah:

  • 3 cawan cornflakes (dihancur kasar)
  • 3 biji pisang
  • 80 gram buttercup
  • ¼ cawan madu
  • 4 sudu besar gula halus

 

Langkah-langkah untuk siapkan hidangan ini:

 

  • Pertama sekali perlu buat ialah panaskan periuk dan masukkan butter, madu dan gula ke dalam kuali. Kacau semua bahan itu sehingga larut dan sebati.
  • Bila dah sebati, korang sejukkan dulu cairan butter, gula dan madu tadi sebelum korang masukkan pisang ke dalamnya.
  • Langkah seterusnya, bila dah siap kepal adunan tadi anda golekkan pula ia ke dalam cornflakes yang dah dihancurkan tadi. 
  • Pastikan cornflakes itu disalut rata! Kemudian susun di atas dulang dan bakar dalam 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius

 

Menu cekodok pisang cornflakes madu korang dah ready untuk dimakan!

#Bebola Ubi Ungu Cornflakes Madu

bebola-ubi-ungu-cornflakes-madu-resipi-768

Untuk resepi cekodok ubi ini lebih kurang sahaja dengan cekodok pisang tadi. Cumanya warna dia lebih menarik terutamnya bagi kanak-kanak. 

 

Bahan yang Maduners perlukan ialah:

  • 300 gram ubi ungu
  • 5 sudu besar madu
  • 100 gram cornflakes (dihancurkan)
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar susu tepung

 

Langkah-langkah:

  • Sebelum apa-apa, pertama sekali kena rebus ubi dahulu sehingga empuk dan toskan airnya. 
  • Dah selesai toskan air dan agak dah sejuk sikit, bolehlah campurkan semua bahan-bahan yang dah di sediakan tadi ke dalam bekas ubi.
  • Kemudian gumpal ubi tadi sehingga jadi bentuk bulat. Sebenarnya anda boleh buat bentuk lain pun ikut kreativiti masing-masing. Tapi disebabkan namanya pun bebola jadi kita bulatkan sahaja. 
  • Akhir sekali gaul dan ratakan ubi ke dalam cornflakes yang dah dihancurkan tadi kemudian susun ke atas dulang. Bakar selama 15 ke 20 minit dengan suhu 140 darjah celcius.

#Roti Bakar Cornflakes Madu

roti-bakar-cornflakes-madu-resipi-768

Roti bakar cornflakes madu ini adalah menu yang paling mudah dan boleh buat sambil pejam mata!

 

Bahan yang Maduners perlukan ialah:

  • 3 keping roti putih (ikut banyak mana nak makan)
  • 1 cawan cornflakes (dihancurkan)
  • 3 sudu kecil gula perang 
  • Madu secukupnya
  • Carreberries kering

 

Cara nak buatnya:

 

  • Pertama sekali Maduners perlu sapukan mentega pada setiap kepingan roti dan taburkan gula perang di atasnya.
  • Nak tabur gula perang korang kena agak-agak, takut nanti manis sangat tak pasal-pasal pula kencing manis.
  • Seterusnya, taburkan cornflakes yang sudah dihancurkan tadi dan letak madu ke atas roti. Kemudian hiaskan dengan buah cranberries atau apa-apa buahan yang anda suka.
  • Masukkan ke dalam ketuhar selama 20 minit dalam suhu 150 darjah celcius.

Taadaaa! Minum petang anda dah siap. Mudah saja. Kalau nak lagi sedap Maduners bancuh secawan teh. Dapat makan petang-petang memang nikmat! 

 

Haa! Menarikkan resipi cornflakes kita kali ini. Anda jangan lupa cuba!

Sumber: Cookpad

Post a Comment