Rai Ulang Tahun-22, The Chicken Rice Shop Ada Promosi RM22! – Manis Madu
Rai Ulang Tahun-22, The Chicken Ri

Rai Ulang Tahun-22, The Chicken Rice Shop Ada Promosi RM22!

Tidak dapat dinafikan, nasi ayam sudah menjadi ‘signature’ di Malaysia. Pergilah ke mana pun, mesti boleh jumpa hidangan ini dengan mudah.

 

Sebut tentang nasi ayam, siapa tak kenal salah sebuah restoran halal tempatan yang terkenal di Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS)! Jingle restoran ini memang melekat di kepala sebab dah berpuluh tahun didengar. “The Chicken Rice Shop…bukan sekadar nasi ayam”. Haa ternyanyi sekali tak?

 

Untuk makluman korang, sempena ulang tahun mereka yang ke-22, TCRS menjemput semua rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan ayam dan nasi kegemaran semua dengan hanya RM22 untuk 2 orang!

IMG 1 - 22nd Anniversary Promo (1)

Bukan itu sahaja, banyak lagi tawaran menarik ditawarkan seperti promosi best-for-value mingguan yang boleh ditebus secara eksklusif mulai hari ini hingga 7 Ogos 2022 melalui aplikasi sedapZ, pelanggan berpeluang menang 22x iPhone SE dengan perbelanjaan minimum RM22 di mana-mana sahaja cawangan TCRS!

 

Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong berkata, selepas lebih dua dekad menyediakan hidangan halal yang sedap dan berpatutan, TCRS sentiasa optimis dalam menjayakan misi untuk menyediakan hidangan kegemaran tempatan.

IMG 2 - Crispy Roast Chicken (1)

“Kami berbangga menjadi jenama tempatan dan kami berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat dengan memperkenalkan hidangan tempatan yang lebih menarik dengan promosi hebat dan makanan yang berbaloi dengan harga, sambil memastikan bahawa pelanggan kami menikmati hidangan yang tidak dapat dilupakan di TCRS,” ujarnya.

 

Nak tahu maklumat lanjut tentang promosi Ulang Tahun ke-22 The Chicken Rice Shop, Maduners boleh layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

Post a Comment