Rakyat Indonesia Bergaduh Sesama Sendiri, Nama Malaysia Kena Petik! – Manis Madu
Rakyat Indonesia Bergaduh Sesama Sendiri, Nama Malaysia Kena Petik!

Rakyat Indonesia Bergaduh Sesama Sendiri, Nama Malaysia Kena Petik!

Umum mengetahui, ‘persengketaan’ antara Malaysia dan negara jiran, Indonesia ibarat pasang surut. Kadang-kadang berdamai macam adik beradik, eh tiba-tiba bergaduh pula!

 

Banyak isu yang akan menjadi punca perdebatan antaranya isu singkatan nama Indonesia yang disingkatkan menjadi ‘Indon’ oleh rakyat Malaysia.

 

Baru-baru ini, seorang pemuda dikenali sebagai @SaufyJauhary ada meluahkan rasa tidak puas hati apabila nama ‘Malaysia’ digelar ‘Malingsia’ oleh beberapa orang rakyat Indonesia yang bergaduh sesama mereka.

“Kalau kami orang Malaysia sebut Indon, kami bukan menghina sebaliknya hanya sekadar singkatan bagi perkataan Indonesia. Tetapi jika orang Indonesia sebut Malaysia dgn Malingsia, itu jelas-jelas menghina sebab Maling itu maksudnya pencuri. Kalau gaduh sesama warga Indon, jangan libatkan Malaysia,” ciap pemuda tersebut.

 

Dalam tangkap layar yang dimuat naiknya, jelas sekali punca pergaduhan itu bermula daripada rakyat Indonesia sendiri yang menggelarkan negara mereka dengan nama ‘Indon’.

 

Namun, balasan daripada ciapan itu kebanyakannya mula menyalahkan warga Malaysia dan lebih parah lagi menggelarkan Malaysia dengan nama ‘Malingsia’.

 

Melihat di ruangan komen, ramai warganet yang turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana secara tiba-tiba nama Malaysia terpalit dalam perbalahan mereka.

 

Dalam pada itu, ada juga rakyat Malaysia yang mengingatkan supaya warga Malaysia menghormati permintaan mereka untuk berhenti menggunakan nama ‘Indon’ sebagai singkatan nama negara terbabit.

Post a Comment