Ramai Kecewa Dengan SOP Tahun Baru Cina, Seakan-Akan Tiada Kajian Yang Di Buat Terlebih Dahulu! – Manis Madu
Ramai Kecewa Dengan SOP Tahun Baru Cina

Ramai Kecewa Dengan SOP Tahun Baru Cina, Seakan-Akan Tiada Kajian Yang Di Buat Terlebih Dahulu!

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Jumaat ini, kerajaan telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

 

Antara perkara yang ditetapkan adalah berkenaan aktiviti dan protokol keagamaan, jamuan makan besar, ziarah dan persembahan. Kebanyakan SOP yang diumumkan dilihat lebih ketat dan aktiviti yang dibenarkan lebih terhad.

 

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan buat kaum Cina yang menyambut perayaan ini.

Tahun Baru Cina

Menurut laporan yang dikeluarkan Malaysia Gazette, kebanyakan mereka (kaum cina) adalah lebih baik dan logik jika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilakukan pertama kali pada Mac tahun lalu berbanding pengumuman garis panduan baharu yang terlalu banyak serta kelonggaran ketika ini.

 

Tambahan lagi, angka positif harian Covid-19 masih tidak surut.  Ini bukan tentang Tahun Baru Cina lagi. Masyarakat Cina boleh terima hakikat jika tahun ini normanya lain sambutan juga dengan cara lain.

Tapi apa yang buat ramai geram, kecewa ialah dengan pengumuman kerajaan pada setiap masa berhubung kawalan penularan jangkitan Covid-19 ini.

 

Ramai menyifatkan SOP itu tidak melalui fasa kajian mendalam terlebih dahulu.

 

Tiada kajian dibuat terlebih dahulu, perarakan tanglung dan sebagainya tidak disambut masa Tahun Baru Cina, itu perkara simple, benda kedua, pasangan suami isteri tidak tinggal sama boleh rentas negeri, daerah.

 

Apa pendapat Maduners tentang perkara ini?

Post a Comment