Ramalan Wanita Yang Akan Trending Tahun 2021? Kecoh Kontroversi Sana Sini!
Setiap tahun kalau kita tengok di media sosial mesti ada jerr wanita yang trending, macam-macam isu dan kontroversi ada. Fuh! Panas!
Jadi apa kata harini kita tengok dan ramal wanita mana yang dah trending dan yang akan trending tahun 2021 ini.
#1 Neelofa
View this post on Instagram
Neelofa antara wanita yang yang boleh dikatakan setiap tahun trending. Lepas satu, satu kontroversi yang dia dapat. Tapi untuk tahun 2021 ini kontroversi perkahwinan dia bersama PU Riz paling panas, siap boleh melangkawi ya?
Apa pun tahniah buat pasangan tersebut.
#Noor Nabila Mohd Noor
View this post on Instagram
Tak cukup dengan adik, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pun ikut trending juga uolls! Cerita tentang Nabila ini boleh trending selepas dia mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan Engku Emran.
Siapa saja tak terkejut, baru habis kontroversi dia dengan bekas suami iaitu Sharnaaz Ahmad tiba-tiba dah nak kahwin lain. Panas memang panas! Tapi itulah orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana.
#Sharifah Sakinah
View this post on Instagram
Sharifah Sakinah yang merupakan pelakon dan pelawak juga baru-baru ini trending kerana dikatakan mengalami masalah depresi.
Kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Sakinah dinafi oleh kakaknya Sharifah Shahirah. Kakak dan keluarga dia sendiri pun tak tahu yang adik dorang mengalami depresi yang teruk.
Tapi Maduners semua doa saja yang baik-baik untuk dia.
#4 Janna Nick
View this post on Instagram
Kenyataan yang dibuat Janna Nick di laman sosialnya, dikatakan menyindir artis korea kesayangan ramai, Janna Nick teruk dikecam dengan peminat K-poppers semua.
Sebelum nak cakap itu lebih baik fikir baik-baik sebelum muat naik di laman media sosial. Kalau dah kena diri sendiri nantikan susah!
#5 Uqasha Senrose
View this post on Instagram
Ini antara wanita yang Miera rasa salah seorang yang akan trending tahun 2021. Uqasha Senrose! Lamaran Kamal Adli kepada Uqasha atas pentas secara langsung pun boleh tahan Miera tengok, sweet sangat!
Ada ura-ura yang cakap dia akan kahwin tak lama lagi? Betul ke? Mungkin tahun ini? Siapa tahukan. Benda baik eloklah kalau kita percepatkan. Semoga urusan Uqasha dipermudahkan.
#6 Mira Filzah
View this post on Instagram
Selebriti cantik manis ini yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan tahun lepas. Agak kecoh juga satu Malaysia tentang cerita Mira Filzah. Mungkin tahun ni dia akan trending sekali lagi? Berkenaan hal apa? Miera pun tidak pasti, sama-sama kita tunggu!
#7 Leeyana Rahman
View this post on Instagram
Leeyanarahman adalah salah satu jenama yang agak terkenal juga. Sebelum ni dia selalu dikaitkan dengan isu baju koyak dan perkara ini akan jadi setiap tahun. Kenapa boleh jadi macam itu?
Dah nak dekat raya ini mesti ramai yang sibuk mencari baju raya. Miera rasa tahun ini leeyanarahman pun akan trending juga. Kita tengoklah macam mana nanti.
Korang rasa apa yang Miera ramalkan ini tepat ke tak? Sama-sama kita tunggu nanti.