Rancak Berbual Guna Bahasa Mandarin, Lelaki India & Wanita Melayu Ini Raih Pujian – Manis Madu
Rancak Berbual Guna Bahasa Mandarin, Lelaki India & Wanita Melayu Ini Raih Pujian

Rancak Berbual Guna Bahasa Mandarin, Lelaki India & Wanita Melayu Ini Raih Pujian

“Dah nama pun orang Malaysia kan, biasalah”.

 

Berikutan satu video dimuat naik di laman sosial TikTok yang menunjukkan seorang lelaki berbangsa India dan seorang wanita berbangsa Melayu sedang rancak berbual.

 

Menariknya, kejadian yang berlaku di Hako Hotel, Skudai ini, kedua-dua mereka bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan fasih dan lancar.

 

Lelaki berbangsa India dikenali sebagai @ChefDave tersebut bertanya kepada wanita itu bagaimana dia boleh mahir bertutur dalam Bahasa Mandarin.

“Semalam saya terdengar kamu cakap Mandarin. Sekolah Cina ke?,” tulisnya dalam video tersebut.

 

“Oh bukan, kawan saya orang Cina. Bila dengar dorang cakap, belajar sikit-sikit. Saya tak belajar di sekolah Cina,” jawab wanita itu kembali.

 

Dave turut memuji wanita itu bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan sangat fasih selain berkata, adakah pelik situasi yang berlaku ketika itu (lelaki India dan wanita Melayu bercakap dalam Bahasa Mandarin).

 

“1 Malaysia kan…” balas wanita itu.

 

Rata-rata komen warganet memuji perbualan tersebut dan tidak kurang juga yang bangga melihat situasi itu.

 

“Beautiful Malaysian. Proud to be Malaysian,” tulis seorang netizen.

 

“Talented girl. Learned Chinese from friend…memang hebat,” komen netizen lain.

 

Seronok tengok mereka rancak berbual menggunakan Bahasa Mandarin!

Post a Comment