Gadis ‘Melayukan’ Tajuk K-Drama, Rupanya Lebih Kurang Sama Dengan Drama Tempatan! – Manis Madu
Gadis ‘Melayukan’ Tajuk K-Drama, Rup

Gadis ‘Melayukan’ Tajuk K-Drama, Rupanya Lebih Kurang Sama Dengan Drama Tempatan!

Sebut tentang drama bersiri dari negara Korea Selatan, makin hari makin banyak drama menarik dan menjadi pilihan utama penonton. Tak dapat dinafikan pengaruh K-Wave boleh dikatakan semakin meluas sejak awal tahun 2000.

 

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter tentang satu ciapan yang mengatakan tajuk-tajuk K-drama lebih sedap dan logik jika dibanding dengan drama tempatan.

 

“Kenapa nama drama Korea sedap sedap je, Descendant of The Sun la, Fight for My Way la. Sampai drama Melayu je, Abang Bomba I Love You la, Oops terpikat apa benda tah,” tulisnya.

 

Disebabkan ciapan itu mendapat perhatian pengguna Twitter yang rata-rata bersetuju dan mengatakan tajuk drama-drama tempatan ‘mengarut’ dan tidak sesuai, seorang gadis bertindak mengulang ciap dengan mengatakan:

Tambahnya, sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir peminat fanatik K-drama yang hanya memandang siri kegemaran mereka sebagai sesuatu yang sempurna dan memberi memberi pujian melambung.

 

Ciapan itu telah meraih reaksi orang ramai yang rata-ratanya terhibur dan tersedar tentang tajuk K-drama yang lebih kurang sama dengan drama tempatan jika tajuk-tajuk siri Korea itu ditukar kepada Bahasa Melayu.

 

“Kegembiraan, Rumah Manis, Kita Semua Mati, Hakim Syaitan, Lagenda Laut Biru, Cinta Dalam Cahaya Bulan, Dia Cantik, Bawa Ia, Hantu, Berjuang Untuk Jalan Saya,” komen @YasirahO2 menukarkan beberapa tajuk K-drama kepada Bahasa Melayu.

 

“Nama drama Melayu kalau di English kan pun cool whattt, My Love Mr Firefighter, My Husband Is A Sinner, Loving Me 7 Days tibahhhh,” tulis @wanaaairish. 

 

Betul juga kan! Bila ditukar ke Bahasa Melayu, lebih kurang sama jerr. Tapi plot drama Korea tak dinafikan memang terbaik!

Post a Comment