Rangka Ayam Tak Bersih, Peniaga Jual Juadah Busuk Kepada Pembeli!
Kemeriahan bulan Ramadhan tidak akan lengkap tanpa pelbagai juadah enak di bazar.
Namun, setiap kali itu juga kita akan menemui kisah tentang kekecewaan dengan rasa dan kualiti makanan atau minuman yang dibeli di bazar kerana tidak sedap atau ‘indah khabar dari rupa’.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada membuat perkongsian tentang juadah yang dibelinya di bazar.
Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni.😭
Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazaar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam. Tak siang ke? Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung. pic.twitter.com/PsZ84aMw5T— Phikasuuu (@pikasekri) April 5, 2022
Apa yang menarik perhatian, rangka ayam goreng yang dibelinya didapati busuk kerana didakwa tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum digoreng dan dijual kepada orang ramai.
Katanya, dalam rangka ayam itu masih terdapat perut ayam dan pedal juga tidak dicuci, hanya sekadar rangka yang dicelup tepung.
Kecewa dengan hidangan itu, ibu kepada gadis itu telah memberikan rangka ayam goreng tersebut kepada kucing dan anjing sahaja.
Dia dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada peniaga agar tidak menganiaya pembeli dengan menjual makanan busuk seperti itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut ‘geram’ dan tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan makanan yang dijual peniaga di bazar Ramadan.
Manakala netizen turut menyarankan agar mereka di luar sana yang mempunyai pengalaman yang sama untuk membuat laporan kepada KKM kerana telah menjual makanan kotor di samping kewajipan peniaga untuk mempunyai sijil pengendalian makanan sebelum berniaga.