Raya Dah Nak Tiba, 4 Menu Ini Wajib Ada Atas Meja Pagi Raya!
Bila dah nak raya mesti akan keluar semula segala buku resipi mak yang lama-lama tu sebab nak masak menu wajib kan?
Mungkin dah lupa, hari ini Madu nak ingatkan semula apa menu yang wajib ada dekat atas meja bila dah tiba pagi raya nanti.
#1 Ketupat
Ketupat ini kalau tak ada dekat meja, baik Maduners cancel saja raya.
Ketupat ini macam dah jadi turun temurun atau resipi tradisi yang memang akan wujud dalam idea bila nak fikir menu apa untuk raya.
Kelongsong ketupat ini diperbuat dari pucuk daun kelapa, kita akan nampak banyak pokok kelapa ditebang bila nak tiba raya sebab nak diambil pucuknya.
Ketupat pula bukan satu jenis saja, ada ketupat palas, ketupat lemak dan paling popular ketupat nasi!
Biasanya ketupat ini dihidang dengan rendang dan juga kuah kacang.
#2 Rendang
Sumber Gambar: www.recipetineats.com
Rendang ini tersangatlah universal.
Kalau sebut pasal rendang mesti ingat raya dan Malaysia! Dah macam identiti kita kan.
Rendang ini kalau dekat Malaysia ada banyak jenis contohnya macam Rendang Tok, Rendang Maman dari Negeri Sembilan dan banyak lagi!
Rendang pula keistimewaannya sebab ia boleh dimasak dengan pelbagai lauk macam ayam, daging, itik dan yang paling sedap adalah landak! Siapa yang tak pernah cuba rendang landak wajib cuba!
#3 Lemang/Burasak
Sumber Gambar: aromasian.com
Lemang sebenarnya pilihan sebab ada negeri yang tak biasa dengan lemang ini.
Contohnya macam di daerah Batu Pahat Johor, mereka lebih gemar untuk sediakan burasak berbanding lemang.
Lemang ini macam biasa dimasak selama sehari semalam dalam buluh dan burasak pula beras pulut yang dibalut dalam daun pisang.
Rasa kedua-duanya lebih kurang tapi Fazlan lebih suka makan burasak sebab tak banyak kerak.
#4 Lontong/Lodeh
Sumber Gambar: kuali.com
Lontong dan lodeh ini pun banyak dekat negeri Johor.
Kuah yang warna kekuningan dan dekat dalam lauk ini ada banyak sayur macam kacang panjang, cendawan hitam, lobak, suhun dan juga petola.
Kuah lontong dan lodeh ini juga selalu dimakan dengan nasi impit dan juga ketupat dan lepas itu wajib ada sambal!