Si Hitam Manis, Bukan Jerr Sedap Tapi Khasiat Luar Biasa! – Manis Madu
FI si hitam manis

Si Hitam Manis, Bukan Jerr Sedap Tapi Khasiat Luar Biasa!

Cincau sebenarnya dihasilkan dari sebuah tumbuhan dalam keluarga pudina atau nama saintifiknya (Platostoma palustre).

 

Dalam bahasa Mandarin, cincau ini bermaksud daun yang hijau.

 

Sebab itu bila anda makan cincau, anda akan rasa seperti berangin macam daun pudina!

hitam manis1

Sumber Gambar: myagri.com

Selalunya, cincau ini kita akan jumpa dalam bentuk pepejal dan selalu dijadikan air bahkan dicampur dalam air berperisa seperti teh dan sebagainya.

 

Tapi tahukah anda cincau ini sebenarnya ada khasiat tersembunyi yang kita tak sangka.

#1 Kawal Paras Kolestrol

kawal paras kolestrol

Sumber Gambar: winnetnews.com

Di Asia Tenggara, kes kematian yang disebabkan oleh paras kolestrol yang tinggi dalam darah sangat biasa berlaku.

 

Lebih-lebih lagi di negara kita Malaysia yang makanannya mengandungi jumlah kolestrol yang tinggi.

 

Cincau mampu mengurangkan jumlah kolestrol kerana keupayaan serat boleh larut yang tinggi dalam cincau tersebut.

 

Serat yang boleh larut akan mengikat kepada asid hempedu dalam usus kecil, mengurangkan kemungkinan untuk ia diserap semula ke dalam badan serta mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

 

Kolesterol yang rendah dalam darah adalah faktor pelindung daripada penyakit-penyakit berkaitan salur darah seperti penyakit jantung dan angin ahmar.

#2 Halang Kanser

halang kanser

Kecederaan sel merupakan antara penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik yang selalu kita dengar lebih-lebih lagi kanser.

 

Bagaimana cincau ini bertindak? Cincau berupaya untuk mencetuskan peningkatan dalam sel pembunuh semula jadi (natural killer cell).

 

Kenapa cincau ini dapat tingkatkan sel pembunuh? Sebab, cincau mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi maka ia mampu mempengaruhi sistem imunisasi untuk melawan sel kanser dalam badan kita.

#3 Keupayaan Untuk Mengawal Tekanan Darah

kawal tekanan darah

Tekanan darah kita akan meningkat apabila ada enzim yang berlebihan di dalam darah dan enzim angiotensin-I converting enzyme (ACE) telah dikenal pasti sebagai enzim utama yang membawa kepada peningkatan tekanan darah.

 

Dalam sebuah kajian yang dijalankan di Indonesia, cincau mampu mengurangkan penghasilan enzim ini di dalam darah sebanyak 36.25%.

 

Maka cincau menjadi antara penyumbang kepada kaedah untuk mengawal tekanan darah yang mungkin ramai dari kita tidak ketahui.

 

Jadi, lepas tahu cincau boleh bantu kita elakkan dari penyakit ini korang nak makan cincau tak?

 

Amalkan pemakanan sihat seperti lebihkan serat jadi kesihatan anda lebih terjamin.

 

Sama-sama kita jaga kesihatan

Post a Comment