Realiti ‘Online Class’, Tak Sangka Ada Juga Pensyarah Perangai Begini! – Manis Madu
Realiti ‘Online Class’, Tak Sangka Ada Juga Pensyarah Perangai Begini!

Realiti ‘Online Class’, Tak Sangka Ada Juga Pensyarah Perangai Begini!

Bagi memudahkan proses kelas dalam talian, kerjasama daripada kedua pihak sangat diperlukan. Baik di pihak pengajar (guru atau pensyarah) atau pihak pelajar.

 

Menurut perkongsian seorang pensyarah melalui ciapan di laman Twitter, @sitiraudzah berkata, beliau lebih senang untuk tidak memperbesarkan isu-isu kecil yang berlaku ketika sesi pembelajaran berlangsung.

“Kadang tu bila saya panggil nama student dalam Microsoft Team, dia tak jawab. Saya panggil nama pelajar lain. Saya elakkan diri dari menjadikannya satu isu pendidikan negara yang besar. Selalunya student akan whatsapp saya dan bagitau dengan jujur, “sorry Prof, saya buat kopi tadi”

 

“Saya kata tak apa. Saya pun pernah buat kopi masa mesyuarat fakulti. Punggung dah keras ya amat sebab kadang tu meeting terlalu lama. Musim pandamik ni kena berlapang dada sedikit kita ni ya,” jelasnya dalam ciapan tersebut.

 

Perkara ini mendapat pujian dari warganet yang rata-rata berterima kasih kerana menjadi insan yang memahami.

 

“Tanpa sebab, saya cinta manusia macam ni. Terima kasih sebab ada!” komen @sffhshm

 

“Lecturer berfikiran moden macam ni yang kita nak,” ujar @sufei96

 

Thank you Prof sebab memahami perasaan kami as student. Sometimes we are too messy and sleepy when it’s on the class but we try to hold as long as we could to prevent from sleep during class,” ucap @nurulamni26101

 

Bertuah sangat pelajar-pelajar yang dapat pensyarah yang memahami seperti ini kan. Online class bukan proses yang mudah, janganlah tambah menyulitkan lagi!

Post a Comment