Rendang Maman & Siput, Pernah Kah Anda Cuba – Manis Madu
Rendang

Rendang Maman & Siput, Pernah Kah Anda Cuba

Maduners semua tahu Raya norma baharu tahun 2020 mesti sangat kekok untuk kita biasakan diri dalam situasi pandemik COVID-19.

 

Namun, Syawal tetap disambut dengan penuh berhati hati dan juga dalam keadaan bersederhana.

 

Juadah yang disajikan seperti ketupat, lemang, nasi impit, kuah kacang dan juga satu lagi juadah wajib dalam setiap rumah terutama apabila menyambut Aidilfitri adalah Rendang.

 

Dikatakan asalnya disediakan oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Indonesia. Di Malaysia, terdapat populasi Minangkabau yang besar di Negeri Sembilan. Oleh disebabkan budaya Minangkabau dibawa dan diadaptasi menurut cara masyarakat setempat, budaya dan masakan masyarakat Malaysia juga sedikit sebanyak dipengaruhi.

 

Madu sendiri pun untuk raya kali ini, masak rendang sendiri kat rumah memandangkan tak boleh balik beraya kat kampung. Kita mesti selalu ingat Rendang ni takde variasi ataupun kepelbagaian kan? Kalau Maduners kat luar sana nak tahu, sebenarnya negara kita Malaysia ni kaya dengan variasi Rendang yang pelbagai yang terdapat di negeri masing-masing.

 

Jom kita jelajah Malaysia nak tengok menu Rendang yang korang boleh cuba kalau dah bosan dengan Rendang yang sama korang masak setiap kali menjelang hari raya.

Rendang Ayam Lengkuas Sabah

Ayam Masak Liku

Sumber Gambar: ZulfazaLoveCooking

Di Sabah, ayam masak lengkuas ataupun lebih dikenali sebagai Ayam masak liku merupakan satu sajian yang unik dari suku kaum Bugis terutamanya di daerah Tawau. Dalam bahasa Bugis, sajian ini dikenali sebagai Nasu Likku kerana ianya menyerupai rendang di Semenanjung.

Rendang Hati Johor

Rendang Hati Lembu Berempah

Sumber Gambar: AzieKitchen.com

Mungkin ayam atau daging sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia untuk masak rendang ketika perayaan Aidilfitri. Namun bagi segelintir masyarakat tempatan di Johor, rendang hati bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka.

 

Kebiasaannya, bahagian dalaman tersebut sama ada ayam atau lembu disatukan dalam juadah rendang kerana ianya mempunyai peminat mereka yang tersendiri.

Rendang Maman Negeri Sembilan

“Maman” ialah sejenis sayur-sayuran yang kebiasaannya akan dijeruk dan dimakan bersama nasi. Di Negeri Sembilan terutama di Gemencheh, maman cukup popular untuk dijadikan ramuan utama masakan rendang ayam, daging atau ikan bilis.

 

Rendang maman ini pula boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang dan nasi empit. Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya. Kalau tidak ada rendang maman, raya tak meriahlah.

 

Jangan pelik kalau masyarakat Cina dan India di sini pun sudah pandai masak rendang maman. Rendang maman begitu sinonim dengan masyarakat di Gemencheh dan sekitar daerah Tampin.

Rendang Siput Sudu Sarawak

Rendang Siput

Sumber Gambar: Vitdaily.com

Kaya dengan kepelbagaian hasil laut yang begitu banyak, tercetus lah idea untuk menghasilkan menu yang agak pelik untuk perayaan yang kita sambut.

 

Bagi segelintir masyarakat negeri Sarawak, menu rendang yang dimasak untuk perayaan Syawal tidak menggunakan ayam, daging ataupun itik. Tetapi menggunakan hasil laut yang beercengkerang seperti lokan, siput buluh dan siput sudu.

 

Bagi memasak menu bercengkerang ini, hasil laut tersebut mestilah direbus terlebih dahulu sehingga masak dan seterusnya dibuang cengkerang bagi mengelakkan tetamu yang makan hidangan ini tidak patah gigi ketika menikmati hidangan ini.

Rendang Daging Tok Perak

Rendang Daging Tok Perak

Sumber Gambar: Rasa.my

Walaupun kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis variasi rendang tok yang terdapat ni Malaysia. Asalnya, juadah ini dikatakan berasal daripada Kampung Pisang yang terdapat di Batu Gajah, Perak.

 

Kalau Maduners semua nak tahu, rendang ini  digelarkan rendang tok kerana sejak dahulu lagi juadah ini dimasak oleh orang orang tua yang digelarkan Tok pada pangkal nama mereka.

 

Dari situlah dikatakan nama rendang Tok diambil sempena memperingati jasa orang lama dalam memperkenalkan serta mereka yang mahir dalam cara bagaimana membuat dan memasak serta mengekalkan rasa rendang tok yang sedap.

Post a Comment