Restoran Terbaik Untuk Food-Hunting Di Ipoh, Perak – Manis Madu
Restoran Terbaik Untuk Food-Hunting Di Ipoh, Perak

Restoran Terbaik Untuk Food-Hunting Di Ipoh, Perak

Banyak sebenarnya restoran yang best di Ipoh, Perak. Jom, kita tengok restoran yang popular dan menghidangkan makanan berpatutan untuk food-hunting.

 

Maduners dah sedia ke nak food-hunting selepas tamat PKPB ini nanti? Hari ini Madu nak kongsikan beberapa restoran di Ipoh, Perak yang best-best belaka dengan Maduners semua!

 

Jangan risau, Madu akan kongsikan restoran untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Barulah senang Maduners nak food-hunting seharian di Ipoh.

Restoran New Hollywood

Siapa dekat sini suka sarapan pagi ala-ala Chinese style? Kalau suka, Maduners memang patut pergi dan cuba makan di Restoran New Hollywood ini.

 

Restoran New Hollywood ini sangat popular dalam kalangan pelancong, orang-orang Ipoh sendiri pun ramai yang suka sarapan di restoran ini.

 

Maduners semua tak perlu risau, makanan di sini semuanya halal. Restoran New Hollywood beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, pada pukul 7 pagi sehingga 4 petang.

Haa, terliur tak tengok hidangan makanan di Restoran New Hollywood ini? Madu ada dengar cerita yang hidangan Chee Cheong Fun, Cakoi dan Char Kuetiau dia memang sangat sedap tau! Rugilah kalau Maduners tak pergi try makan di Restoran New Hollywood ini.

 

Alamat: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.

Canning Dim Sum

Canning Dim Sum Ipoh

Kepada Maduners yang suka makan dim sum tapi ragu-ragu nak cari yang halal, Maduners boleh singgah dan jamu selera di Canning Dim Sum ini.

 

Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran New Hollywood. Jadi, lepas sarapan, boleh sambung lagi makan dim sum pula! Canning Dim Sum beroperasi pada pukul 7 pagi hingga 2.30 petang, setiap hari kecuali hari Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CanningDimSum (@canningdimsum) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MentAiko❤🇯🇵🇲🇾クロサワAIKO (@ment_aiko) on

Canning Dim Sum bukan sahaja menghidangkan pelbagai jenis dim sum tapi restoran ini juga ada menu makanan berat yang lain juga. Madu tengok ramai orang yang review dan recommend kepada orang ramai untuk datang dan jamu selera di sini.

 

Alamat: 1 Lebuh Cecil Rae Taman Canning, Ipoh 31400, Malaysia.

Moss Eatery

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOSS@JalanBesar (@mossjalanbesar) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Sarzana Azam Shakri (@nanaluvfai) on

Maduners yang suka makanan yang affordable dan sedap mesti suka Moss Eatery ini! Percayalah, Madu sendiri sudah pernah datang ke Moss Eatery ini dan makanan di restoran ini memang mantap.

 

Untuk pengetahuan Maduners semua, Moss Eatery beroperasi setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam.

Antara hidangan yang Madu paling tertambat hati sekali ialah Grilled Lamb di Moss Eatery. Daging kambing yang disajikan memang lembut dan juicy, sesuai dengan sos lada hitam yang diberikan sekali dalam hidangan.

Alamat: No 11 & 13, Jalan Besar Tambun, 31400 Ipoh, Perak.

Miker Food

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MikerFood (@mikerfood) on

Antara restoran yang memang meriah giler waktu malam di Ipoh ialah Miker Food. Miker Food ini terkenal dengan hidangan makanan yang pelbagai. Western food, Oden, Nasi berlauk pun ada! Sesuai untuk mereka yang selalu tak ada idea nak makan apa, bolehlah datang ke Miker Food.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MikerFood (@mikerfood) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nurhanayahya نورهانا يحيا (@nurhanajones) on

Atas permintaan tinggi untuk hidangan pizza di Miker Food, restoran Miker telah buka restoran khas untuk Miker Pizza. Kedua-dua restoran mula beroperasi pada pukul 5 petang setiap hari.

 

Alamat: No 1, Jalan Tun Sambanthan 30000 Ipoh, Perak.

Madu rasa tak sabar pula nak tunggu tempoh kuarantin ini tamat, dah lama tak pergi makan-makan sambil travel.

 

Maduners bolehlah ambil cadangan restoran untuk food-hunting yang Madu dah sediakan untuk kegunaan masa depan.

Post a Comment