Resipi Minuman Detoks Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah!
Maduners pernah dengar tentang minuman detoks? Minuman detoks ini dibuat menggunakan sayur atau buah-buahan.
Ini adalah salah satu cara untuk anda buang toksin dari badan!
Seperti yang korang sedia maklum, sayur-sayuran dan buah-buahan ini ada khasiat dan nutrisinya tersendiri.
Selain dari makan sayur dan buah, kita cuba pula jadikan dua bahan ini sebagai minuman.
Jadi hari ini Miera akan kongsikan kepada Maduners semua antara minuman-minuman detox yang sihat, mudah dan yang paling penting korang boleh buat sendiri jer di rumah.
#Timun & Lemon
Mungkin ada sesetengah Maduners yang susah nak minum air putih dengan banyak. Korang boleh cuba buat air timun dan lemon ini.
Bahan yang korang perlukan:
- Beberapa hirisan timun dan lemon
- Sebotol air masak
Masukkan semua itu ke dalam botol yang berisi air dan biarkan setengah jam sebelum minum. Air itu jangan letak gula! Kalau letak gula dah tak jadi minuman sedap, itu dah jadi minuman penyedap tekak.
Mana tahu dengan cara ini dapat membangkitkan selera korang untuk minum air masak dengan lebih kerap.
#Kiwi & Strawberi
Sedapnya kalau dapat strawberi cicah coklat. Sedap memang sedap tapi coklat itu sendiri dah boleh menggemukkan. Jadi Maduners boleh mengganti strawberi itu untuk buat air detoks.
Caranya sama sahaja seperti air detoks Timun dan Lemon cumanya untuk air detoks ini korang menggunakan buah iaitu buah strawberi dan kiwi.
Buah kiwi memang sangat kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta dapat mengeluarkan toksin, manakala strawberi bagus untuk kulit.
Kalau nak lebih sedap korang boleh sejukkan dulu air itu sebelum minum.
#Jus Grapefruit
Untuk resipi detoks ini korang boleh pilih untuk menggunakan perahan jus buah yang korang suka sama ada grapefruit, orange atau buah-buahan lain yang sesuai untuk detoks.
Bahan yang korang perlukan untuk buat air grapefruit detoks ini ialah :
- 1 biji buah grapefruit
- ½ batang timun
- ½ biji lemon
- 1 biji limau nipis
Ambil buah grapefruit dan blend bersama timun, perahan lemon dan limau nipis.
Kemudian simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum sedia untuk diminum.
Khasiat yang terdapat dalam grapefruit ini membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak untuk menyingkirkan toksin dalam badan.
#Epal & Kayu Manis
Epal hijau atau merah kedua-duanya mempunyai khasiat tersendiri dalam menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme badan begitu juga dengan kayu manis.
Untuk resepi ini sudah pastinya korang perlukan :
- Epal (hijau/merah)
- Kayu manis
- Satu jag air kosong
Hiriskan epal dan masukkan dalam jag yang mengandungi air, kemudian masukkan sahaja kayu manis ke dalam jag air. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum minum!
#Cuka Epal, Lemon & Kulit Kayu Manis
Kalau korang nak tahu, cuka epal ini sangat bagus. Selain dapat menurunkan berat badan ia juga dapat elak dari penyakit diabetes, rendahkan tekanan darah, kurangkan risiko sakit jantung dan banyak lagi.
Tapi kena ingat! Pengambilan cuka epal yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
Untuk buat air detoks ini korang perlukan :
- Dua sudu besar cuka epal
- 1 sudu jus lemon
- 1 sudu serbuk kayu manis
Cara nak buat dia mudah sahaja. Korang hanya perlu campurkan kesemua bahan di atas dan letakkan satu cawan air. Ikutlah berapa banyak kuantiti yang korang nak buat.
Bila dah sebati semua bahan tersebut korang dah boleh minum!
Nak sihat ini sebenarnya tak susah pun yang penting Maduners kena rajin dan konsisten barulah nampak perubahannya.
Selamat mencuba!