Restoran Nusr-Et Dapat Ranking Rendah Dalam Tripadvisor, Salt Bae Hanya ‘Jual’ Populariti? – Manis Madu
Restoran Nusr-Et Dapat Ranking Rendah Dalam Tripadvisor, Salt Bae Hanya ‘Jual’ Populariti_

Restoran Nusr-Et Dapat Ranking Rendah Dalam Tripadvisor, Salt Bae Hanya ‘Jual’ Populariti?

Restoran mewah milik chef selebriti terkenal dari Turki, Nusr-Et atau lebih dikenali sebagai Salt Bae menjadi satu daripada premis makanan yang mendapat ranking rendah dalam Tripadvisor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)

Restoran Salt Bae yang terletak di Knightsbridge itu dikatakan menjadi restoran kedua paling mahal di dunia, namun kualiti dan rasa makanannya tidak seenak yang diharapkan.

 

Daripada 23,811 restoran yang disenarai dalam Tripadvisor, restoran Salt Bae berada pada kedudukan 20,491 dan mendapat rating dua dari lima bintang.

 

Antara hidangan paling mahal di restoran Salt Bae adalah stik bersalut emas yang berharga 1,450 pound (RM8, 102) sepinggan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)

Harga yang tidak masuk akal di restoran tersebut melonjakkan populariti Salt Bae yang sebelum ini terkenal dengan aksinya menabur garam.

 

Selain itu, terdapat pelbagai pihak saling berdebat mengenai rasa dan harga makanan di restoran tersebut dengan kebanyakannya menyatakan hidangannya tidak seenak yang dijangka.

 

Ada juga pihak yang menyifatkan Salt Bae sebenarnya hanya menjual populariti dan bukannya kualiti makanan yang enak, selain menyamakan restoran itu dengan ‘perangkap kematian’ kerana harganya yang cekik darah.

 

Selain di London, Salt Bae turut memilik cawangan restoran di Los Angeles, Turki dan Dubai.

 

Namun, kesemuanya menerima reaksi yang kurang menyenangkan daripada pelanggan.

Post a Comment