Rezeki Jujur! ‘Cleaner’ Naik Pangkat Selepas Pulangkan Cek Bernilai 35.5 Billion – Manis Madu
Rezeki Jujur! ‘Cleaner’ Naik Pangkat Selepas Pulangkan Cek Bernilai 35.5 Billion

Rezeki Jujur! ‘Cleaner’ Naik Pangkat Selepas Pulangkan Cek Bernilai 35.5 Billion

Seorang pekerja pembersihan bernama Halimah, 29 bekerja di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta baru-baru ini tular kerana kejujurannya memulangkan dokumen penting dan berharga.

Insiden ini tular susulan sebuah dompet berisi cek bernilai 35.5 billion rupiah (RM10.4 juta) dijumpai wanita berkenaan ketika menjalankan tugas pembersihan.

 

Menurut laporan Jakarta Daily, ibu kepada dua cahaya mata itu menemui dompet berwarna coklat didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E. Ketika melihat angka tertera, dia mengaku terkejut namun tidak terlintas untuk mengambilnya.

 

“Cek itu, tertulis Rp 35.5 billion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali,” katanya.

 

Petugas pembersihan itu kemudian melaporkan penemuan tersebut kepada Pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas di Terminal 2.

 

“Tidak terfikir nak mengambilnya. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpa mesti dilaporkan.

 

“Sebelum ini saya sering jumpa pelbagai barang, tapi yang ini viral,” kata Halimah.

 

Selain cek bernilai Rp 35.5 billion, di dalam beg berkenaan terdapat empat buah buku bank dan sebuah pasport.

 

Kejujuran yang dipamerkan Halimah itu mendapat penghargaan dari majikannya, PT Angkasa Pura Solusi. Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani selaku ketua memberi ganjaran berupa kenaikan pangkat kepada Halimah sebagai penyelia atas kejujuran beliau dalam menjalankan tugas.

Halimah 2 (1)

Dia menghargai kejujuran Halimah ketika bekerja di lapangan terbang itu dengan segera melaporkan penemuan dompet penumpang yang tertinggal.

 

“Saya terharu ketika pertama kali menerima berita ini. Kita bagi kenaikan luar biasa untuk Halimah, satu level atas dia iaitu menjadi penyelia,” katanya.

Post a Comment