Rizalman Ibrahim – Karl Lagerfeld Malaysia? – Manis Madu

Rizalman Ibrahim – Karl Lagerfeld Malaysia?

Stunning! Persembahan yang sangat memukau!

 

Rata-rata yang hadir pada pertunjukan Rizalman for Zalora 2019 yang berlangsung di Stadium Chin Woo begitu teruja dan kagum dengan tema yang berkonsepkan pertabalan Diraja Britain.

Datuk Rizalman muncul dengan berbusana dan lagaknya seperti seorang raja di istana inggeris.

Bagi peminat tegar jenama Rizalman, terdapat 75 koleksi yang anda boleh pilih untuk digayakan pada Aidilfitri kelak dan kesemua koleksi boleh didapati di laman sesawang Zalora.

 

Bagi peminat fesyen tanah air, Rizalman Ibrahim sering dikaitkan dengan mendiang Karl Lagerfeld tetapi Datuk Rizalman sendiri tidak mahu disamakan dengan mendiang kerana jenama Rizalman tersebut telah diusahakan dengan hasil titik peluh Rizalman sendiri.

 

Tidak ketinggalan, turut sama dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Post a Comment