Rosak Mood Kalau Selalu Sakit Kepala! Amalkan 7 Petua Ini Untuk Ringankan Migrain – Manis Madu
7 Petua Untuk Ringankan Migrain

Rosak Mood Kalau Selalu Sakit Kepala! Amalkan 7 Petua Ini Untuk Ringankan Migrain

Maduners tahu tak sebenarnya migrain dikenali dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ yang mana akan buat Maduners sakit kepala.

 

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya migrain antaranya ialah stress atau tekanan, perubahan hormon ketika haid, tidak cukup tidur, pengambilan alkohol atau tabiat merokok.

illustration-human-figure-with-headache

Hari ini Madu nak share dengan Maduners beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan migrain korang.

#1 Urutan

Urutan merupakan antara petua yang paling berkesan untuk hilangkan migrain. Maduners yang ada masalah migrain boleh cuba petua urutan ini ketika migrain menyerang.

woman-getting-a-head-massage

Mulakan urutan di bahagian bahu kemudian leher, tengkuk, belakang telinga dan seterusnya pada bahagian kepala dan dahi. Urutan yang baik boleh membantu membaiki perjalanan darah di kepala dan membuatkan korang lebih relaks dan selesa.

#2 Duduk dalam gelap

Petua ini Madu selalu guna jika berdepan masalah migrain dan ia sangat berkesan! Kadang-kadang, cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan migrain jadi lebih teruk. Jadi, bila Maduners rasa sakit kepala mula datang, cepat-cepat berehat dalam bilik yang gelap.

#3 Basahkan rambut

Bayangkan, dalam keadaan kepala tengah sakit dan panas, korang basahkan rambut dengan air. Perghhh, segar!

Petua ini merupakan petua masyarakat Cina. Ia bertujuan untuk membebaskan haba yang terperangkap dalam kulit kepala untuk menyejukkan kepala yang panas.

 

Caranya, basahkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala atau alirkan air ke kepala selama beberapa minit. Jangan terlalu lama pula, nanti kesejukan dibuatnya!

#4 Bersujud

Posisi sujud mempunyai banyak kelebihan dalam bidang perubatan. Ini kerana kesan sujud yang lama akan melegakan sistem pernafasan, mengurangkan sakit angin pasang dan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang mana boleh elakkan sakit kepala dan migrain. Maduners boleh guna kaedah bersujud ini untuk mengurangkan sakit migrain yang dihadapi.

#5 Limau Kasturi

limau

Antara petua orang lama pula ialah menggunakan limau kasturi pada kepala. Caranya, ambil tiga biji limau kasturi, belah dua kemudian perahkan ke kepala.

 

Ratakan perahan lima itu supaya rata dan kena ke seluruh kulit kepala dan ramas-ramaskan rambut. Bila dah selesai, gunakan kulit limau tadi dan masukkan dalam bekas yang berisi air bersih untuk disiram atas kepala. Fuhhh, mesti rasa ringan kepala dan segar bugar!

#6 Daun Bunga Raya

Bunyi macam pelikkan? Apa pula kena mengena daun bunga raya dengan migrain?

Daun bunga raya juga antara petua terkenal untuk bantu masalah migrain oleh mak-mak kita sejak dulu lagi. Nak gunakan daun bunga raya ini mudah saja, Maduners perlu ramas beberapa helai daun bunga raya bersama sedikit air sampai ia keluarkan lendir. Kemudian, lumur dan ratakan atas kepala. Selain boleh hilangkan sakit kepala, boleh rawat masalah rambut juga!

#7 Cuka Epal dan Madu Asli

Cuka Epal dan Madu Asli

Sumber Gambar: www.medicalnewstoday.com

Maduners jangan tak tahu, madu asli juga boleh digunakan untuk hilangkan migrain tau! Korang cuma perlu campurkan satu sudu besar cuka epal dan satu sudu besar madu asli dalam air suam.

Sebelum minum, baca selawat tiga kali dan terus minum. Lepas minum korang kena terus tidur dan hasilnya korang akan rasa esok paginya.

 

Diharapkan petua yang Madu share ini dapat bantu kurangkan sakit migrain korang hadapi. Pastinya yang penting ialah dapatkan rehat yang secukupnya.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment