Rutin Penjagaan Kulit Dengan PINK by Pure Beauty
Langkah-langkah terperinci untuk melihat keberkesanan Bye Bye Pores Range pada kulit Maduners semua!
Kulit kusam? Pori tersumbat? Bye Bye Pores by PINK adalah jawapannya! Bye Bye Pores Range kaya dengan bahan-bahan efektif yang mampu membuatkan kulit tampil lebih sempurna hari demi hari.
Bahan-bahan Efektif
Set lengkap ini dah boleh menjamin kulit sempurna untuk Maduners semua kerana ia mengandungi 5 bahan yang sangat efektif untuk kulit seperti berikut:
- Pink Flower Complex – Mencerahkan kulit
- Pink Clay – Mengetatkan pori
- Jeju Volcanic Ash – Mengecilkan pori
- Jeju Thermal Spring Water – Menghidrasi kulit
- Activated Carbon – Mengawal minyak pada permukaan kulit
Kalau Maduners nak tahu, produk Bye Bye Pores terbukti lebih berkesan dengan bahan tambahan terbaru dengan adanya activated carbon.
Cara Penggunaan?
Langkah Pertama: Mencuci muka dengan Bye Bye Cleansing Foam.
Campurkan sebilangan kecil pembersih dan air sampai menjadi tekstur foamy. Urut lembut wajah anda dengan gerakan bulatan. Seterusnya, bilas hingga bersih dan keringkan.
Langkah Kedua: Menyapukan Bye Bye Pores Toner pada permukaan kulit
Setelah muka dibersihkan, tuangkan toner pada kapas muka. Tepuk perlahan-lahan kulit dengan kapas tersebut sehingga diserap sepenuhnya.
Langkah Ketiga: Exfoliate dengan Bye Bye Pores Peeling PadÂ
Urut perlahan-lahan seluruh wajah dengan peeling pad, dan elakkan bahagian mata dan bibir. Bilas wajah dengan bersih selepas digunakan.
Langkah Keempat: Menyerapkan Bye Bye Pores Essence
Setelah menggunakan toner, sapukan essence secara rata di wajah sehingga diserap sepenuhnya.
Langkah Kelima: Memakai Bye Bye Pores Clay Mask
Sapukan lapisan nipis ke permukaan wajah, mengelakkan bahagian mata dan juga bibir. Biarkan kering selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Langkah Keenam: Melembapkan muka menggunakan Bye Bye Pores Drying Lotion
Peringatan: Jangan goncang botol Drying Lotion tersebut. Setelah selesai melakukan langkah pertama hingga kelima pada rutin penjagaan kulit waktu malam, celupkan tunas kapas ke dalam sedimen merah jambu yang terdapat di bahagian bawah botol, kemudian titiskan pada kulit. Biarkan sehingga kering dan bilas pada waktu pagi.
Rupanya senang je cara nak pakai produk ini! Jadi tunggu apa lagi? Produk PINK by Pure Beauty ini boleh didapati menerusi online, dan juga di cawangan Watsons di seluruh Malaysia.