Sajian Pencuci Mulut Korea Sudah Tiba di Malaysia!
Jika pencuci mulut merupakan sajian kegemaran anda, maka Keikeu adalah ‘syurga’ manisan yang wajib dikunjungi anda! Ini menepati maskud Keikeu iaitu ‘kek’ atau lebih tepat lagi ‘sepotong kek’ dalam bahasa Korea. Dengan menawarkan pilihan lebih 45 jenis sajian pencuci mulut tempatan dan Korea, Keikeu semestinya dapat memenuhi citarasa anda selain memberi inspirasi kepada anda untuk berkongsi sajian manisan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Choco Keikeu
Keikue, yang merupakan rangkaian cawangan sajian pencuci mulut Korea, mula diperkenalkan di Malaysia kurang daripada setahun yang lalu. Hasil inspirasi daripada sebuah kedai kek di Jinju, Korea, para pengasas Keikeu memperkenalkan konsep unik kedai sajian pencuci mulut dari negara itu ke Malaysia dan sehingga kini, ia mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Klang.
Keikeu @ Aeon Shah Alam
Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pengasas/Pemilik Bersama Keikeu Malaysia, Lim Jun Liang, berkata: “Keikeu diilhamkan untuk membolehkan orang ramai berkongsi kegembiraan dan momen amat bermakna dengan bersama-sama menikmati sajian pencuci mulut yang bermutu dan unik. Hanya makanan yang dapat menyatukan sesama insan terutamanya sajian manisan. Oleh itu, kami memutuskan untuk menghasilkan semula konsep menawarkan sajian pencuci mulut dalam banyak kombinasi supaya orang ramai dapat membeli dan menikmati pelbagai jenis manisan yang pastinya memenuhi citarasa yang berbeza.”
Official Launch of Keikeu Malaysia – from left to right Keikeu Chef Mr.Ray, Mr.Jun (Co-founder), Mr Siang (Co-founder)
Sajian pencuci mulut Keikeu ditampilkan segar dan berwarna-warni kerana ia disediakan pada setiap hari demi mengekalkan mutunya. “Memandangkan sajian pencuci mulut kami dihasilkan sendiri, pelanggan mungkin melihat variasi dari segi saiz atau reka bentuk pada beberapa sajian pencuci mulut kami. Malah, kami berasa bangga dengan variasi ini kerana ia mencerminkan keindahan dan kehalusan sajian pencuci mulut yang dihasilkan kami selain menonjolkan kegigihan kami untuk menghasilkannya,”kata Lim.
Unicorn Cupcake
Antara sajian pencuci mulut yang popular di Keikeu ialah macaron berinti krim dihias unik, kek cawan unicorn berwarna pelangi, choux puff berintikan jem yang pasti menawan kalbu dan kek keladi Korea asli. Tidak ketinggalan juga kek berperisa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kek gula Melaka, kek pandan dan kek bandung yang juga disaji di Keiku. Dengan harga mampu beli walaupun kesemua sajian pencuci mulut ini dihasilkan dengan penuh teliti dan berkualiti, kami menjualnya antara RM6 – RM7 setiap satu. Bagaimanapun, untuk menikmati pelbagai jenis sajian pencuci mulut Keikue, ia perlu dibeli dalam bentuk pakej dan tidak dijual secara berasingan.
Pakej sajian pencuci mulut Keikeu termasuk:
• Pek Solo – RM19.90 untuk 5 jenis pencuci mulut
• Pek Sukaria – RM29.90 untuk 8 jenis pencuci mulut
• Pek Parti – RM39.90 untuk 12 jenis pencuci mulut
Dalam usaha menyajikan kek-kek yang lebih lazat kepada pelanggan, baru-baru ini, Keikeu melancarkan sajian terbaharu dalam senarai pilihan pencuci mulutnya – Keikeumisu. Kek cawan Tiramisu yang diilhamkan daripada Korea ini ditampilkan dalam 7 citarasa berbeza – perisa asli, pic, bri biru, matcha, oreo dan mangga pada harga hanya RM14.90 setiap satu.
Pastel-Bandung-Cupcake
Tiramisu Keikeumisu
Puff
Bagi menikmati sajian pencuci mulut ini, Keikeu menawarkan minuman segar yang pasti melegakan kehausan mengikut senarai minuman Fruitea, Fruitea Fizz, Yuzu Yoja, Yoghurtea serta Milky. Dihasilkan daripada puri buah-buahan segar yang dicampurkan dengan teh, Keikeu menawarkan minuman teh strawberi, pic dan limau gedang manakala Milky pula menampilkan rasa Matcha Susu, Chai Susu dan Coklat, yang dapat memenuhi cita rasa ramai.
Untuk menikmati sajian manisan Keikeu yang enak atau manjakan insan yang anda sayangi dengan hidangan istimewa ini, kunjungilah cawangan Keikeu di lokasi berikut:
- Keikeu, 1 Utama
- Keikeu, My Town Shopping Centre
- Keikeu, Aeon Shah Alam
- Keikeu, Aeon Maluri
- Keikeu, Paradigm Mall
- Keikeu Bakery (Akan Dibuka Di KLIA2)
Untuk maklumat lanjut mengenai Keikeu Malaysia, layari https://keikeu.my atau https://www.facebook.com/keikeu.my