“Sampai Bila Nak Kerja Macam Ni?” Lelaki Tekankan Tentang Pengalaman Kerja & ‘Career Growth’ – Manis Madu
“Sampai Bila Nak Kerja Macam Ni_” Lelaki Tekankan Tentang Pengalaman Kerja & ‘Career Growth’

“Sampai Bila Nak Kerja Macam Ni?” Lelaki Tekankan Tentang Pengalaman Kerja & ‘Career Growth’

Tidak dapat dinafikan, dalam tempoh masa sekarang, agak sukar mendapat pekerjaan tetap. Jobseekers atau fresh graduate rata-rata diminta untuk tidak ‘demand’ pekerjaan tetapi ambil sahaja mana-mana peluang pekerjaan yang ada.

pang-yuhao-_kd5cxwZOK4-unsplash (1)

Maka, pekerjaan seperti penghantar makanan menjadi pilihan memandangkan ia menjanjikan pendapatan yang lumayan dan peluang pekerjaan ini sentiasa terbuka.

joshua-lawrence-o_kNmj-6acM-unsplash (1)

Melihat kepada senario ini, melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang lelaki terpanggil untuk memberi nasihat dengan mengatakan agar tidak lalai dan selesa dengan pekerjaan tersebut.

@brofairuschannelKhas Kepada Adik-adik Grab, Food Panda♬ original sound – Bro Fairus Channel

“Sebagai majikan, kalau saya nak ambil pekerja yang berumur 30 tahun tanpa pengalaman kerja, saya rasa saya akan bagi keutamaan kepada mereka yang lebih muda. Haa, ini perspektif daripada majikan eh.

 

“Di samping korang bawak Grab tu, saya taknak korang lalai. Walaupun mungkin kalau korang bekerja dalam bidang korang, gaji korang lebih sedikit daripada yang kau bekerja Grab sekarang tapi kita jangan fikir sekarang sahaja.

 

“Kalau umur kau 40 tahun, takut nanti pengalaman yang kau timba waktu kau muda ni kau gunakan untuk bawak Grab. Jadinya, sayang waktu ini adalah waktu kau timba pengalaman,” ujar lelaki tersebut.

 

Lelaki yang dikenali sebagai Bro Fairus itu menekankan tentang pengalaman yang sepatutnya ditimba di usia muda dalam bidang masing-masing berbanding bekerja sebagai penghantar makanan tanpa memikirkan tentang ‘career growth’ sendiri.

 

Namun, beliau juga tidak menafikan tentang kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan ketika ini.

 

“Yes. Apa yang tuan ini kongsikan ialah berkenaan ‘career growth’. Betul kerja as runner masyuk, tapi tiada career growth. Berhenti di tahap itu sahaja.

 

“Kalau kejar career growth, kena ada plan tentang apa yang korang nak achieve dalam bidang korang. Pilihan masing-masing, tiada yang salah,” komen salah seorang warganet tentang isu ini.

 

Bagi Anis, ada benarnya apa yang abang ini nasihatkan. Kalau umur dah lanjut nanti, kudrat pun dah tak sama macam masa muda.

Post a Comment