Sanggup Tidak Hadir Majlis Perkahwinan Anak Elak Terima Vaksin – Manis Madu
Sanggup Tidak Hadir Majlis Perkahwinan Anak Elak Terima Vaksin

Sanggup Tidak Hadir Majlis Perkahwinan Anak Elak Terima Vaksin

Seorang bakal pengantin kecewa apabila ibu bapanya memaklumkan lebih sanggup tidak hadir ke majlis perkahwinannya daripada perlu mendapatkan suntikan vaksin, lapor akhbar The Sun.

 

Amy Bettys menerusi laman sosial Twitter berkata, ibu bapanya perlu menunjukkan sijil vaksinasi Covid-19 untuk menghadiri majlis perkahwinannya kelak.

Namun, mereka yang merupakan golongan anti vaksin lebih rela tidak menerima suntikan itu daripada menyaksikan anak perempuan mereka berkahwin.

 

“Ibu dan bapa saya memaklumkan lebih rela tidak divaksin daripada menghadiri majlis perkahwinan saya,” katanya di laman Twitter.

 

Status itu menjadi tular dan memperoleh lebih 57,000 tanda suka dan ribuan komen.

 

“Saya turut bersimpati atas perkara itu. Saya harap hari bahagia awak nanti tetap indah,” tulis seorang netizen.

Post a Comment