Sarah Hildebrand Alami Alahan Kerana Cuaca Tak Menentu – Manis Madu
Sarah Hildebrand Alami Alahan Kerana Cuaca Tak Menentu

Sarah Hildebrand Alami Alahan Kerana Cuaca Tak Menentu

Perasan tak cuaca kebelakangan ini tidak menentu? Kadang panas, kadang hujan! Ditambah pula dengan kes Covid-19 yang makin meninggi, memang kena betul-betul ambil berat perihal kesihatan.

 

Perubahan cuaca tidak menentu ini juga menyebabkan pelakon berdarah kacukan, Sarah Hildebrand yang menghidap penyakit alahan menjadi lebih teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

Perkara itu dikongsi Sarah melalui muat naik di laman Instagram yang mana melihatkannya sedang menerima gas nebulizer di sebuah klinik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

“Berapa ramai daripada anda semua yang ada asma atau alergik? Cuaca sekarang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dari keadaan panas tiba-tiba hujan lebat, setiap hari macam ini.

 

“Cuaca tidak menentu menyebabkan penyebaran habuk, debu serta kulat disebabkan cuaca lembap (yang menyebabkan pernafasan Sarah terganggu),” tulisnya.

 

Dalam hantaran yang sama, Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, turut menyelitkan tentang alerginya dengan pelbagai permasalahan isu semasa yang melanda negara ketika ini.

 

“Pelbagai isu terjadi dalam negara kita sejak kebelakangan ini dan ia juga merupakan salah satu alahan yang saya alami iaitu alergi kepada benda-benda mengarut,”

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan pelakon berkenaan agar cepat sembuh dan kuat menghadapi penyakit itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

Sarah memulakan kerjaya seninya pada tahun 2015. Pelakon kacukan Melayu-Amerika ini berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019.

Post a Comment