McDonald’s Bakal Lancar ‘BTS Meal’ Pada 26 Mei – Manis Madu
McDonald’s Bakal Lancar ‘BTS Meal’ Pada 26 Mei

McDonald’s Bakal Lancar ‘BTS Meal’ Pada 26 Mei

Rasanya bila sebut sahaja kumpulan K-Pop fenomena, BTS pasti ramai yang kenalkan? Mestilah! Kumpulan ini adalah pemecah rekod, carta teratas dan calon untuk Grammy Awards disebalik lagu-lagu hits mereka seperti Dynamite, Boy With Love, IDOL, Life Goes On dan banyak lagi.

 

Kalau tak kenal secara terperinci tentang kumpulan ini paling kurang korang pernah dengar atau baca tentang mereka!

 

Korang juga pasti cukup sinonim dengan restoran makanan segera McDonald’s. Antara restoran makanan segera yang paling mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia!

 

Berita baik untuk penggermar kedua-dua nama besar ini, syarikat gergasi makanan segera itu telah mengumumkan bahawa mereka akan melakukan kolaborasi makanan bersama BTS pada bulan depan melalui sebuah ciapan di laman Twitter.

Ia merupakan susulan kaedah promosi yang sama gandingan bersama Travis Scott dan J. Balvin sebelumnya yang telah mendapat respon hebat daripada peminat kedua-dua penyanyi terkenal ini.

 

Dikhabarkan ‘BTS Meal’ bakal tersedia di hampir 50 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Hong Kong, Australia dan banyak lagi.

Dalam sebuah siaran akhbar, BTS Meal direka khas mengikut pilihan ahli BTS sendiri. Antara menunya termasuklah 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng saiz sederhana, minuman saiz sederhana, kemudiannya turut dilengkapi bersama sos cili manis dan cajun yang sebelum ini hanya boleh didapati di McDonald’s Korea.

 

Kerjasama ini difahamkan merupakan sebahagian daripada program menu ‘signature’ selebriti McDonald’s.

 

BTS Meal akan dilancarkan pada tarikh yang berlainan bagi setiap negara bermula 26 Mei dan diikuti dengan negara-negara lain mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh pelancaran BTS Meal di Malaysia adalah pada 26 Mei ini.

Post a Comment