“Saya Bincang Dulu, Takut Kami Overworked”, Balasan Remaja Ini Buat Ramai Kagum
Kesedaran tentang kesihatan mental sudah semakin meningkat hari demi hari. Ramai individu yang sudah semakin cakna dan meletakkan kesihatan mental sebagai keutamaan melebihi perkara lain.
Perkara positif ini bukan sahaja mula disedari dalam kalangan dewasa tetapi juga golongan lebih muda.
Menurut satu perkongsian di laman Twitter oleh akaun @reendywise yang memuat naik tangkap layar perbualannya dengan anak saudaranya.
A chat from my 13 yo niece for her school project. Ternyata Gen Z tak peduli uang dan lebih peduli mental health. # pic.twitter.com/KoP67DqcXU
— Rendy Wicaksana (@reendywise) March 2, 2022
Difahamkan anak saudaranya mempromosikan satu hidangan sihat sempena projek sekolahnya.
Untuk menunjukkan sokongan, lelaki itu meminta anak saudaranya untuk mempromosikan jualan itu dengan Bahasa Inggeris dan dia berjanji akan membeli 10 set hidangan tersebut.
Tidak merasa teruja, sebaliknya anak saudara lelaki itu membalas:
“Saya bincang dengan rakan-rakan dulu ya kerana takut kami overworked,” tulisnya.
Maklum balas dari anak saudaranya itu membuatkan dia kagum kerana mereka lebih mementingkan kesihatan mental daripada keuntungan.
“Ternyata Gen Z tak peduli wang dan lebih peduli mental health,” tulis Rendy.
Bagusnya! Awal-awal lagi dah ada pendedahan dan terbiasa mementingkan keadaan kesihatan mental.