“Saya Boleh Buat Split 180 Darjah Tanpa Masalah” Nenek 77 Tahun Berjaya Peroleh Tali Pinggang Hitam Taekwondo
0 comments
Seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.
Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada 2108 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.
Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.
“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.
“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.