15 Pendaki Wanita Mulakan Misi Tawan Gunung Everest! – Manis Madu
15 Pendaki Wanita Mulakan Misi Tawan Gunung Everest!

15 Pendaki Wanita Mulakan Misi Tawan Gunung Everest!

Seramai 15 pendaki wanita negara akan memulakan misi menakluk Everest Base Camp (EBC) bermula hari ini hingga 23 Mac depan selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan pintu sempadan ditutup.

 

Misi dikenali Mount Everest Base Camp Mountaineering De Femina 2022 itu unik kerana ia membawa semangat wanita negara sempena Hari Wanita 2022 yang disambut hari ini.

 

Majlis pelepasan misi disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Rina berkata, peserta ekspedisi ini bukan sahaja membawa semangat wanita negara sebaliknya bakal mengharumkan nama Malaysia.

 

Beliau berkata, misi ini juga bertepatan dengan tema Hari Wanita 2022 iaitu Saksama Bersama, sekali gus membuktikan wanita negara juga mampu melakukan apa sahaja.

 

“Saya dimaklumkan bahawa kumpulan ini akan membentangkan baju bersaiz 250 XL di EBC sekali gus memecah rekod Malaysia Book of Record,” ujarnya.

 

Sementara itu, Ketua Misi, Prof. Madya Dr. Farha Abdol Ghapar berkata, misi ini dianjurkan oleh Pertubuhan Nadi Sihat selain turut membawa nama Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur.

 

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Perakaunan dan Sains Sosial KUPTM berkata, misi sejauh 130 kilometer bakal mengambil masa selama 12 hari.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Post a Comment