Sedar Kekasih Rupa-Rupanya Sama Jantina, Lelaki Belasah Kekasih Hingga Dipenjara – Manis Madu
Sedar Kekasih Rupa-Rupanya Sama Jantina, Lelaki Belasah Kekasih Hingga Dipenjara

Sedar Kekasih Rupa-Rupanya Sama Jantina, Lelaki Belasah Kekasih Hingga Dipenjara

Seorang lelaki dihukum penjara 16 tahun kerana membelasah kekasihnya setelah menyedari cinta hatinya itu mempunyai alat sulit lelaki.

 

Suhel Sood, 34 menyerang mangsa berhubungan lebih dari 7 bulan dan mereka berjumpa di sebuah parti pada Novermber 2020.

 

Menurut Daily Mail, Suhel menyedari kekasihnya itu adalah seorang lelaki apabila mereka ingin melakukan hubungan seks.

 

Perkara yang terjadi adalah apabila pelaku ingin menyentuh alat sulitnya kekasihnya tetapi terkejut dan menyedari bahawa kekasihnya itu mempunyai alat sulit lelaki.

 

Melalui keterangan di mahkamah, setelah menyedari perkara tersebut, Suhel menjerit “Kamu adalah lelaki”, dan kemudian memukul mangsa dengan cara menghentak kepala mangsa di mesin basuh.

 

Selain itu, mangsa juga dihina dengan perkataan seperti anjing dan memaksa mangsa menjilat darah yang menitik di lantai sebelum menghalaunya keluar dari rumah.

 

“Mangsa dikenali sebagai wanita, itu adalah pilihannya. Anda bersetuju untuk bermesra dan berhubungan intim tanpa berkenalan lebih lanjut maka itu adalah kesilapan anda sendiri.

 

“Mungkin kejadian ini akan menjadikan anda lebih berhati-hati di masa hadapan,” ujar Emma Knott, Hakim Mahkamah.

Post a Comment