Tak Puas Hati Dengan Peniaga, Laksa Jadi Mangsa – Manis Madu
Tak Puas Hati Dengan Peniaga, Laksa Jadi Mangsa-Taman Koperasi LLN, Kajang

Tak Puas Hati Dengan Peniaga, Laksa Jadi Mangsa

Tindakan seorang wanita merosakkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya mencetuskan kemarahan netizen, lapor Kosmo!

 

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Twitter Malaysian Crime Watch – MyWatch memaparkan tindakan biadap wanita itu menterbalikkan beberapa bekas yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat laksa.

Dalam klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan bahan-bahan membuat laksa milik seorang peniaga berterabur di bawah gerainya dipercayai telah diterbalikkan oleh wanita terbabit.

 

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang.

 

Berdasarkan perkongsian MyWatch, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila wanita yang juga penjaja keropok lekor tidak berpuas hati dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.

 

“Penjaja keropok lekor tak berpuas hati dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa.

 

“Habis laksa diterbalikkan olehnya, mengapa perlu “busuk hati” sesama penjaja kecil?” soalnya pemilik akaun MyWatch.

 

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan penjaja keropok lekor itu yang dilihat mementingkan diri ketika ramai yang sedang bergelut mencari rezeki sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pada masa sama, ada netizen turut menyoal kenapa wanita itu perlu iri hati sedangkan peniaga sebelah hanya menjual laksa.

 

Difahamkan penjual keropok lekor itu telah meminta maaf dengan abang ipar kepada peniaga laksa berkenaan.

 

Namun, peniaga laksa telah membuat satu laporan polis semalam.

Post a Comment