Sekali Lagi Berdiri Di Puncak Burj Khalifa, Kali Ini Dengan Penampilan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia!
Selepas mengagumkan dunia, tenaga pengajar payung terjun profesional, Nicole Smith-Ludvik sekali lagi tampil berdiri di puncak bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.
View this post on Instagram
Kali ini, wanita itu yang turut mengenakan seragam kru kabin syarikat penerbangan Emirates itu, berdiri di puncak setinggi 829.67 meter itu dengan pesawat penumpang terbesar dunia, superjumbo, A380 melintasi bangunan itu pada kelajuan 268.54 kilometer sejam.
View this post on Instagram
Kejayaan aksi lagak ngeri yang mengagumkan ini berlangsung selama dua hari pada Oktober 2021 sempena mempromosikan Ekspo 2020 Dubai.
Ia membabitkan pesawat Airbus A380 mengelilingi Burj Khalifa sebanyak 11 kali, pada ketinggian rendah, separas bangunan itu.
View this post on Instagram
Hakikatnya, Airbus A380 bukan kali pertama menawarkan aksi lagak ngeri berprofil tinggi seumpama itu, malah ia banyak digunakan dalam mempromosikan pelbagai jenama dan acara penting dunia.
Misalnya, pertunjukan Udara 2019 di Dubai membuka tirainya dengan superjumbo itu terbang pada ketinggian 304 meter membuat formasi bersama 26 pesawat lain dari pasukan pameran udara UAE, Al Fursan.
Ia selepas dua tahun pesawat jenis sama dimiliki Etihad, melakukan penerbangan bagi membuka acara Grand Prix Formula One Abu Dhabi 2017.
Pada 2017, Porsche diiktiraf Guinness World Records dengan gelaran kereta Porsche Cayenne standard menunda 285 tan pesawat Air France A380 dalam jarak 42 meter di Lapangan Terbang harles De Gaulle, di Paris.
Dibangunkan dengan kos AS$25 bilion (RM104.79 bilion), A380 mempunyai kapasiti 853 penumpang, menjadikannya pesawat komersial awam terbesar dalam sejarah.
Walaupun pesawat dua tingkat itu popular dalam kalangan penumpang, namun kerana kos operasinya tinggi, Airbus mengumumkan pengeluarannya dihentikan pada 2019.
Pesawat A380 terakhir dihantar kepada pelanggan terbesarnya, Emirates, pada penghujung tahun lalu.