Sekejap Panas Sekejap Hujan! Tips Untuk Bantu Korang Hadapi Cuaca Tidak Menentu
Cuaca kadang-kadang memang tidak menentu dan susah untuk kita ramal. Adakala di waktu siang cuaca sangat panas, tiba-tiba di sebelah petang hujan pula.
Keadaan cuaca seperti ini sangat bahaya untuk kesihatan Maduners yang mana akan mudah diserang macam-macam penyakit.
Mesti korang nak tahu apa cara dan tips yang kita boleh ikut untuk menghadapi cuaca yang tidak menentu macam inikan? Jadi, jom kita tengok antara tips untuk hadapi cuaca yang tidak menentu.
#Jaga Pemakanan
Salah satu tips untuk Maduners tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit adalah dengan menjaga pemakanan. Makanan adalah perkara penting dalam kehidupan seharian.
Jaga makan di sini bukan bermaksud korang perlu makan ikut waktu sahaja, sebaiknya juga perlu mengambil tahu apa yang korang makan dan kandungan apa yang terdapat dalam makanan tersebut. Senang cerita jangan makan sembarangan.
Elakkan makan makanan yang tidak sihat kerana makanan yang tidak sihat ini selalunya mempunyai kandungan gula, garam dan pewarna makanan yang tinggi.
#Amalkan Makan Buah & Sayuran
Bagi menjaga imunisasi badan, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat bagus diambil ketika cuaca yang tidak menentu kerana dua makanan ini dikatakan kaya dengan antioksidan.
Imunisasi yang baik dapat mengurangkan risiko Maduners untuk diserang penyakit dan pastinya ini cara yang terbaik untuk atasi masalah kesihatan korang.
#Mengurus Stress Dengan Baik
Salah satu yang boleh meningkatkan risiko diserang penyakit juga adalah stress. Memang tak dapat dinafikan yang semua orang akan berhadapan dengan stress.
Stress yang berpanjangan dan tidak dikawal dengan baik mempunyai peluang yang tinggi untuk sakit. Tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu seperti sekarang.
Sebab itu menguruskan stress dengan baik adalah penting untuk dititk beratkan terutamanya di musim cuaca yang tidak menentu.
Kalau Maduners rasa stress dengan pekerjaan yang sedang dilakukan, berhenti seketika melakukan perkara yang mendatangkan stress dan beralih kepada perkara yang boleh menggembirakan anda.
#Minum Air Masak Secukupnya
Maduners dinasihatkan untuk mengambil air masak yang cukup sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Air masak mengandungi banyak mineral yang diperlukan selain dapat menghidrasi badan. Bukan susah pun nak minum air masak, untuk kesihatan sendiri juga.
#Lakukan Aktiviti Yang Sihat
Walaupun cuaca tidak menentu dan pergerakan untuk kesana sini terhad, korang tetap boleh melakukan perkara yang sihat di rumah.
Pastikan anda tetap bergerak walaupun dirumah terutama bila musim hujan. Wah! Bila hujan seronoklah untuk tidur, jangan amalkan!
Kalau Maduners cuma makan dan tidur sepanjang hari sahaja aliran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Sebab itu korang akan mudah pengsan, pening kepala dan sebagainya.
Jadi, untuk menjamin kesihatan yang baik sepanjang musim hujan dan panas tidak menentu ini, Maduners disarankan untuk ikut tips yang Miera kongsikan ini.