Sekolah Jepun Haramkan Ikatan Rambut ‘Ponytail’, Bimbang Pelajar Lelaki Terangsang – Manis Madu
Sekolah Jepun Haramkan Ikatan Rambut ‘Ponytail’, Bimbang Pelajar Lelaki Terangsang

Sekolah Jepun Haramkan Ikatan Rambut ‘Ponytail’, Bimbang Pelajar Lelaki Terangsang

Sebuah sekolah di Jepun memperkenalkan peraturan pelik untuk pelajar perempuan apabila melarang cara ikatan rambut gaya ‘ponytail’, manakala mereka dibenarkan memakai seluar dalam berwarna putih sahaja.

 

Menurut laporan Metro News UK, tinjauan di wilayah Fukuoka pada 2020 mendapati, terdapat 10 sekolah melarang gaya  ikat rambut ‘ponytail’. 

 

Alasan yang diberikan pula adalah gaya rambut itu menyerlahkan leher pelajar perempuan yang boleh menimbulkan rangsangan kepada pelajar lelaki.

 

“Saya selalu mengkritik peraturan ini tetapi kerana terdapat kekurangan bantahan dan ia dianggap sebagai normal dalam kalangan masyarakat, pelajar perempuan tidak mempunyai pilihan selain mematuhinya,” kata seorang guru sekolah, Motoki Sugiyama.

 

Peraturan lain yang dikuatkuasakan oleh sekolah-sekolah Jepun adalah menentukan warna stokin, panjang skirt dan juga bentuk kening mereka.

Pelajar juga tidak dibenarkan mewarnakan rambut mereka dan jika ia adalah sesuatu selain daripada hitam atau lurus, mereka mesti membuktikan ia adalah warna atau gaya rambut yang semula jadi. 

 

Pada Jun tahun lalu, sebilangan ibu bapa dan pelajar melobi kerajaan Jepun supaya merombak garis panduan peraturan tersebut di sekolah-sekolah di Jepun tetapi sehingga kini banyak sekolah enggan melakukan sebarang perubahan.

 

“Banyak sekolah tidak mempedulikan notis (kerajaan) yang tidak mempunyai implikasi undang-undang atau tidak disertakan hukuman sekiranya pihak sekolah melanggarnya,” kata Motoki.

Post a Comment