Selalu ‘Berperang’ Potong Rambut Anak, Teknik Istimewa Ini Pasti Memudahkan! – Manis Madu
Selalu ‘Berperang’ Potong Rambut Anak, Teknik Istimewa Ini Pasti Memudahkan!

Selalu ‘Berperang’ Potong Rambut Anak, Teknik Istimewa Ini Pasti Memudahkan!

“Selalu potong rambut macam nak berperang!”

 

Begitulah situasi yang dilalui oleh para ibu ketika cuba memotong rambut anak mereka.

 

Melalui perkongsian di laman TikTok, seorang ibu dikenali sebagai Wan Nora’asyikin Ismail berkongsi teknik istimewa yang digunakannya untuk memotong rambut anaknya dengan mudah dan tidak perlu bergelut seperti kebiasaan.

@chinta_honey87selalu potong rambut macam nk berperang finally berhasil jgk dr tunjuk ajar sifu di tiktok ni ha puassssssssssss #foryou #masukberanda #fyp♬ Oh No – Kreepa

Mengambil inspirasi daripada tontonan sebuah video TikTok dari luar negara, Nora mencuba teknik itu terhadap anaknya memandangkan dia selalu berdepan situasi sukar untuk memotong rambut anaknya.

 

“Saya berpakat dengan Ariana (anak sulung) dan berkata padanya macam mana pun kita kena cuba potong rambut adik dengan cara ini juga. 

 

Kami terpaksa potong kerana hari-hari Rizqullah menggosok mata kerana terganggu dengan rambut. Kalau kami nak ikat rambutnya, dia tak nak pula,” katanya.

potong rambut 1 (1)

Ibarat peluang keemasan yang ditunggu-tunggu, Nora mencuba teknik memotong rambut itu selepas melihat anak bongsunya tertidur.

 

“Alhamdulillah, Rizqullah langsung tak terjaga sebab dah mandikan dan sedang baring sambil minum susu. Tiba-tiba tengok dia dah terlelap kerana letih bermain di siang hari.

 

“Cepat-cepat saya panggil kakaknya supaya ambil gunting, sikat dan juga sellotape untuk memotong rambut Rizqullah. Memang senang la kerja kami, dalam lima minit siap tanpa gangguan!” ujarnya lagi.

potong rambut 2 (1)

Jelas Nora lagi, teknik ini bukanlah suatu teknik yang boleh digunakan untuk semua fesyen rambut.

 

“Saya sangat-sangat sarankan ibu bapa untuk gunakan cara mcam ni untuk potong rambut anak mereka yang dibesarkan dalam keadaan pandemik ini, tapi tulah rambut depan sahaja,” tambahnya lagi.

 

Buat ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk potong rambut anak, mungkin boleh cuba cara ini. Smooth like butter!

Post a Comment